Avenue of Stars – TST

Siapa yang tak kenal dengan nama seperti Bruce Lee, Jacky Chan dan Jet Li? Mereka ini merupakan sebahagian nama nama besar artis di Hong Kong. Terletak di Tsim Sha Tsui Promenade, Avenue Of Stars adalah salah satu tempat tumpuan pelancong pelancong ke Hong Kong. Tujuan asal Avenue of Stars direka untuk mengiktiraf sumbangan industri filem dalam mempromosi Hong Kong sebagai destinasi pelancongan di seluruh dunia.. Avenue Of Stars juga bolehlah dikatakan sebagai little Hollywood ‘Walk of Fame’ tetapi dalam acuan Hong Kong. Di sini juga terletaknya sebuah replika atau patung lagenda Kung Fu Bruce Lee, selain puluhan plag tapak tangan bintang bintang ternama Hong Kong seperti Jackie Chan, Jet Li, Jackie Cheung dan lain lain.

DSC_0093

url DSC_0144 DSC_0135 DSC_0125 DSC_0122

Bagaimana untuk sampai ke tempat ini? Mudah saja, naik MTR ke East Tsim Sha Tsui Station, Exit J. Sampai di stesyen tersebut, ikut sahaja singboard ke Avenue of Stars.

DSC_0118 DSC_0113 DSC_0104 DSC_0102

Tempat ini adalah tarikan percuma yang boleh dikunjungi bila-bila masa pada waktu siang atau malam. Yang menarik adalah tempat ini berada di kawasan harbour, jadi pemandangan disini memang amat meriah untuk bersiar siar dan mengambil gambar sebagai kenang-kenangan berlatar belakangkan kota raya Hong Kong terutama pada waktu malam. Setiap hari pada pukul 8 malam, pertunjukan laser “Symphony of Light” akan diadakan di kawasan Avenue of Stars.

tsim-sha-tsui-avenue-of-stars-victoria-harbour-boat BC-1-of-1 1.1.3.7-SOL_03

Berdekatan dengan Avenue of Stars, terdapat 2 muzium yang boleh dilawati iaitu Hong Kong Museum of Art dan juga Hong Kong Space Museum.  Ada lagi satu muzium yang berdekatan iaitu National Muzeum of History HK yang terletak 1.2 km dari Avenue of  Star.  Boleh rujuk artikel saya di sini mengenai muzium ini jika berminat (National Muzeum of History HK). 

Semasa saya ke Avenue of  Stars minggu lepas, terdapat pameran mengenai ukiran arca sedang berlangsung di Muzium of Art. Sempat juga saya snap beberapa gambar arca yang ada di situ.

DSC_0021 DSC_0015 DSC_0009 DSC_0068 DSC_0038  DSC_0029DSC_0034

Dah terlanjur datang ke kawasan Tsim Sha Tsui, boleh lah terus makan di Restoran Ma yang tak berapa jauh dengan Masjid Kowloon. Saya ada post article mengenai Restoran Ma di Tsim Sha Tsui sebelum ini. Boleh rujuk di pautan ini untuk lebih: Restoran Ma TST

Jika ingin membaca kesemua artikel saya mengenai Hong Kong dan tips melancong ke sini, boleh rujuk di pautan ini: Hong Kong

6 responses to “Avenue of Stars – TST

  1. Pingback: National Museum of History of Hong Kong | MudaBahaya·

  2. Pingback: Hong Kong Space Museum | MudaBahaya·

  3. Pingback: Cadangan Travel Itinerary ke Hong Kong | MudaBahaya·

  4. Salam tuan,
    Saya akan travel ke HK pada mid februari 2017. Selama 4hari. Pada pandangan tuan, lokasi penginapan mana yg bagus utk di diami. Kami 1family seramai 12org. Hotel@ hostel mana yg tuan boleh suggest kan…

    • sy cadangkan utk cari hotel dlm kawasan kowloon (mongkok, tsim sha tsui, prince edward) untuk dekat dkt tourist attraction dan senang cari makanan halal. Boleh cari di website booking. com, agoda, hotels.com, etc..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s