[Aeroangkasa] Mengenal Boeing 777

Saya baru sahaja menghabiskan kursus latihan mengenai pesawat Boeing 777 pada minggu ini. Memang sedikit lelah sebab terpaksa jadi student semula dan mengulangkaji nota pada malam hari. Tambahan pula, kursus kali ini bukan sahaja berkenaan bidang trade saya sahaja iaitu struktur pesawat, tetapi juga mengenai kesuruhan aspek teknikal pesawat Boeing 777.

13792

Di dalam bidang penerbangan, sistem pesawat dibahagikan kepada beberapa trade yang dinamakan “ATA Chapter” seperti dibawah. Begitu juga dengan jabatan kejuruteraan di tempat saya bekerja, setiap bahagian kejuruteraan di pecahkan kepada trade ATA chapter ini. Untuk struktur pesawat, ATA chapter yang berkaitan adalah 51 hingga 57 sahaja.

fig_12_16

Namun begitu, memang kadang kala setiap jurutera bagi trade masing masing perlu berkomunikasi dan bekerjasama jika masalah tersebut melibatkan lebih dari satu trade. Untuk kursus ini, saya perlu belajar mengenai sistem pesawat untuk semua ATA chapter tersebut. So, memang lega rasanya dapat habiskan kursus dan berjaya melepasi exam sebab soalan yang diberikan memang sedikit spesifik dan begitu teknikal, termasuklah terpaksa menghafal mengenai fungsi setiap suis di dalam cockpit juruterbang. OK, jom kita kenal serba sedikit mengenai pesawat B777 atau selalunya dipanggil pesawat “Triple Seven” sahaja.

Boeing 777 adalah sebuah pesawat penumpang komersial berbadan lebar jarak jauh yang dibuat oleh Boeing Commercial Airplanes. Pesawat ini dapat membawa antara 300 – 386 penumpang dan boleh mencapai jarak dari 5.600 sampai 8.870 batu nautikal (10.400 sampai 16.400 km). Boeing 777 dibuat untuk menjadi pengganti kepada pesawat Boeing 747, namun ia dikatakan lebih efisien. Ada pelbagai varian untuk pesawat ini seperti 777-200, 777-200 LR (long range), 777-300, 777-300 ER (Extended Range) dan sebagainya. Varian yang terbesar adalah 777-300 dan varian yang mempunyai jarak terjauh adalah 777-200LR. Emirates yang merupakan syarikat penerbangan di UAE adalah operator terbesar pesawat 777. Dibawah adalah contoh layout tempat duduk bagi 3 jenis kelas, ekonomi, perniagaan dan kelas pertama.

777_interior_arrangements-page-001

So, macam mana kaedah paling senang dan cepat untuk nak kenal yang mana satu ialah pesawat Boeing 777? Untuk tips, berikut adalah ciri ciri pesawat ini:-

a. Pesawat ini hanya mempunyai 2 enjin

First 777F Freighter Lands after B-1 Flight
b. Alatan pendaratan utama mempunyai 6 roda untuk setiap set

Boeing-777-300_chassis
c. Boeing 777 juga tidak mempunyai “wing tip”

2260790

Sayap 777 – tiada wing tip

A330 wing tip

Sayap A330 – dengan wing tip
d. Bahagian ekor pesawat “tail cone” adalah berbentuk seperti pisau

0249051

Salah satu yang saya dapat belajar tentang Boeing 777 ialah tentang ciri ciri keselamatan yang moden pada pesawat ini. Dalam bidang penerbangan, adalah menjadi keperluan asas untuk setiap sistem yang kritikal mempunyai sistem backup. Sebagai contoh yang paling mudah ialah sistem hidraulik. Sistem hidraulik sangat penting kerana sistem kawalan penerbangan menggunakan hidraulik untuk mengawal dan menstabilkan pesawat. Terdapat 3 sistem hidraulik yang berasingan. Setiap sistem hidraulik ini juga mempunyai sekurang kurangnya 2 atau lebih pam yang beroperasi secara penumatik, mekanikal atau kuasa elektrik. Jadi contohnya ketika penerbangan dan salah satu sistem mengalami masalah, juruterbang masih lagi mempunyai 2 sistem hidraulik untuk mengawal pesawat dan meneruskan penerbangan dengan selamat.

Lagi satu contoh ialah mengenai sistem aileron pesawat. Aileron ialah salah satu komponen di sayap pesawat yang digunakan untuk membuat pusingan atau “rolling”. Semasa penerbangan biasa, ia menggunakan sistem utama iaitu digital dan hidraulik untuk menggerakkan aileron. Jika sistem utama mengalami masalah, sistem kedua mengambil alih iaitu dengan menggunakan elektrik dan hidraulik. Jika sistem kedua juga rosak, juruterbang menggunakan sistem ketiga iaitu menggunakan kabel wayar untuk menggerakkan aileron. So, sistem backup untuk pesawat memang memadai sebagai persediaan untuk sebarang masalah. Jadi daripada sini kita boleh tahu mengapa kapal terbang adalah mode pengangkutan yang paling selamat berbanding jenis pengangkutan lain.

fig16b

2 responses to “[Aeroangkasa] Mengenal Boeing 777

  1. Pingback: Fly By Wire | MudaBahaya·

  2. Pingback: [Aeroangkasa] Livery Pesawat | MudaBahaya·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s