Story Telling

Hari ini Eiman ada berjanji dengan kawan baiknya Jessica untuk pergi ke ‘story telling’ aktiviti. Actually, sudah beberapa kali juga Eiman menyertai aktiviti ‘story telling’ yang diadakan di club house kediaman kami. Club house di sini memang ada menyediakan banyak aktiviti menarik untuk kanak-kanak.

DSC_0013 DSC_0011 DSC_0025 DSC_0020 DSC_0009 DSC_0004

‘Story telling’ ini diadakan dari jam 5.30pm-6.30pm dan boleh disertai oleh kanak-kanak yang berumur 3 thn keatas.Pada kali ini ‘story telling’ ini diadakan dalam bahasa kantonis. Tapi aktiviti ini juga  diterjemahkan ke dalam bahasa inggeris, kerana terdapat kanak-kanak yang tidak pandai berbahasa kantonis seperti Eiman. Sengaja kami hantar Eiman menyertai aktiviti sebegini untuk mendedahkannya dengan bahasa kantonis dan juga dapat bergaul dengan kanak-kanak lain.

DSC_0047 DSC_0044 DSC_0041 DSC_0028

Sebelum sesi bercerita dimulakan, aktiviti nyanyian diadakan bersama kanak-kanak agar mereka dapat berkenalan antara satu sama lain. Tajuk cerita pada kali ini adalah ‘My wish Come True’, kisah ini menceritakan bagaimana seekor anak beruang yang berharap agar dikurniakan seorang adik supaya dia dapat bermain bersama adiknya. Diakhir cerita, ibunya berjaya mengandung dan melahirkan seorang bayi beruang yang sangat comel. Cerita ini disampaikan oleh speaker yang dijemput khas daripada perpustakaan yang berdekatan.

Selepas sesi bercerita tamat, kanak-kanak diajak untuk bermain permainan belon bersama-sama. Selepas itu sesi membuat kraf diadakan. Pada kali ini mereka dikehendaki untuk membuat anak ayam daripada cawan kertas dan kertas warna. Eiman dan Jessica macam happy sahaja ketika membuat kraf tersebut. Sebelum mereka pulang, kanak-kanak tersebut dihadiahkan dengan belon yang bermacam-macam bentuk.

DSC_0059 DSC_0054 DSC_0052 DSC_0065 DSC_0067

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s