Halal Dim Sum – Islamic Centre Canteen

Pada kali ini, saya nak ajak semua pegi makan dim sum halal di HK. Restoran Islamic Canteen ini terletak di salah satu masjid yang terkenal di HK, iaitu Masjid Ammar & Osman Ramju Sadick Islamic Centre yang berada di Wanchai.

Restoran ini memang terkenal dengan makanan halal ala Cina terutama dim sum.

DSC_0020

DSC_0006

Alamat Masjid Amar ialah 40 Oi Kwan Road, Wan Chai, Hongkong. Cara paling mudah untuk datang ke masjid ini adalah dengan menggunakan pengangkutan MTR. Stesyen yang terdekat ialah station MTR Causeway Bay exit A berdekatan dgn Time Square. Dari exit tersebut, jalan terus ke kiri sehingga flyover. Untuk shortcut, terus jalan masuk dalam pasar Bowrington, straight sampai terus jumpa traffic light sehingalah anda berjumpa dengan Hotel Charterhouse. Masjid Ammar terletak di belakang hotel tersebut.

DSC_0025

Islamic Canteen tersebut terletak di tingkat 5 Masjid Ammar. Restoran ini dibuka dari pukul 10:00 pagi hingga 9:00 malam. Tetapi untuk dim sum, ianya hanya di jual dari pukul 12:00 – 3:00 ptg sahaja. Tetapi kita boleh pesan menu makanan lain secara ala carte selain dari dim sum jika datang selepas pukul 3 ptg. Makanan ala carte lain contohnya mee goreng, nasi goreng, mee sup, kari, dan lauk juga ada di jual di sini.

Ini ialah dim sum yang saya order pada weekend yang lepas.

DSC_0014

Steamed Chicken and Vegetable Dumpling

DSC_0010

Steamed Egg Plant with Fish Paste

DSC_0005

Steamed Glutinous Rice with Chicken in Lotus Leave

DSC_0003

Pan Fried Fish Pie

DSC_0002

Steamed Siu Mai with Chicken

DSC_0001

Steamed Beef Ball

DSC_0011

Deep Fried Dumpling with Shrimp and Chinese Chives

Memang sedap. Eiman pun memang suka makan makanan cina termasuk dim sum. Favourite dim sum yang disukai oleh Eiman ialah Steamed Siu Mai with Chicken.

Kebetulan pula di luar masjid, terdapat juga jualan roti halal yang dijual oleh penduduk Cina tempatan. Sempat juga saya beli untuk di bawa balik. Kalau datang melawat HK, saya memang recommend untuk datang ke sini merasa dim sum halal dari HK.

DSC_0015 DSC_0017

Jika ingin membaca kesemua artikel saya mengenai Hong Kong dan tips melancong ke sini, boleh rujuk di pautan ini: Hong Kong

5 responses to “Halal Dim Sum – Islamic Centre Canteen

  1. Pingback: Cadangan Travel Itinerary ke Hong Kong | MudaBahaya·

    • Sy x rasa buka 24 jam..maybe tgh mlm dah tutup kot. Satu lagi masjid besar kat hk ialah Kowloon Mosque di tsim sha tsui. Itu pun sy tak rasa buka 24 jam.

  2. Salam tuan,semoga sentiasa sihat hendaknya..😀nk tanya,masjid area HK ada sediakan penginapan untuk d sewa oleh pelancong terutamanya muslim?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s