[Aeroangkasa] ETOPS – Pesawat 2 Enjin

Pada kali ini, saya nak berkongsi sedikit topik berkenaan dengan ETOPS. Kapal Boeing 777 yang mempunyai pendaftaran 9M-MRO (MH-370) yang hilang itu pun kalau tak silap saya mempunyai kelulusan ETOPS juga. Tapi saya tak nak komen atau beri pandangan/teori mengapa dan bagaimana pesawat itu boleh hilang kerana saya bukanlah pakar yang layak untuk bagi pandangan sebegitu. Biarlah pihak keselamatan dan orang yang layak sahaja melakukan analisis untuk mencari punca pesawat ini hilang.

Untuk permulaan, saya ingin melontar situasi dan pertanyaan ini. Bagi sesiapa yang terbang menaiki pesawat, mungkinkah pernah anda terfikir tentang kemungkinan untuk enjin pesawat tiba tiba gagal berfungsi di udara? Terutama bagi yang menaiki pesawat 2 enjin seperti Airbus A330, Boeing 777 dan sebagainya, mungkin ada yang ragu ragu bolehkah pesawat dapat meneruskan penerbangan dan mendarat dengan selamat bila enjin gagal berfungsi dan padam dengan tiba tiba di udara? Persoalan persoalan sebegini sebenarnya ada berkaitan tentang ETOPS.

Apakah ETOPS ?
ETOPS atau nama panjangnya Extended Range Twin Operations adalah merujuk kepada operasi penerbangan pesawat pesawat engin berkembar (dua enjin). Ia juga merujuk kepada kelulusan operasi pesawat 2 enjin pada laluan melebihi 60 minit dari lapangan terbang lencongan (diversion airport) yang terdekat. Sebelum ini, peraturan asal penerbangan yang diperkenalkan pada tahun 1936 adalah terhad untuk pesawat beroperasi di dalam kawasan yang boleh menjamin jarak maksimum 100 batu nautika (nm) dari diversion airport.

Bagi pesawat enjin berkembar, 100 nm adalah bersamaan dengan 60 minit masa penerbangan. Oleh yang demikian, pesawat perlu terbang dengan melalui kawasan lingkungan airport lencongan, dan tujuannya ialah jika berlaku kegagalan dan kerosakan pada salah satu enjin pesawat tersebut, pesawat ini boleh membuat pendaratan cemas di airport lencongan tersebut dalam masa 60 minit.

Namun begitu, dengan perkembangan teknologi moden yang canggih, pesawat enjin berkembar hari ini lebih boleh dipercayai dengan ciri ciri keselamatanyang lebih baik Ini membolehkan pesawat dapat terbang dengan selamat lebih dari 60 minit tanpa melalui lingkugan diversion airport yang ditetapkan seperti peraturan sebelum ini. Jadi, peraturan ini diubah dan diselaraskan untuk menampung keupayaan unik pesawat ini . Oleh itu pada tahun 2007, peraturan ETOPS dilanjutkan dimana pesawat enjin berkembar kini boleh terbang selama 120 minit/180 minit, yang mana sebelum hanya terhad kepada 60 minit sahaja. Namun begitu, ianya tertakluk kepada syarat teknikal dan operasi yang ketat untuk dipatuhi.

original_boeing_777-200lr

Kelebihan ETOPS
Untuk memahami dengan lebih mudah tentang penerbangan ETOPS, kita sama sama boleh rujuk kepada gambar di bawah.

ETOPS_General

Peraturan 60 minit sebelum ini menyebabkan pesawat perlu terbang di laluan yang lebih jauh kerana ia perlu berada di dalam lingkungan kawasan 60 minit dari diversion airport terdekat.

Contohnya untuk terbang dari London (LHR) ke New York (JFK), pesawat enjin berkembar yang bukan ETOPS perlu melalui kawasan lingkungan airport airport yang lain untuk mematuhi peraturan 60 minit ini. Namun begitu bagi pesawat ETOPS yang dibenarkan beroperasi selama 120 minit dari airport lencongan, ia dapat terbang secara terus merentasi lautan dari London (LHR) ke New York (JFK) dan laluan perjalanan menjadi lebih pendek. Dengan ini, penggunaan minyak dapat dikurangkan, kos operasi lebih rendah dan tempoh penerbangan lebih singkat.

LHR_JFK_ETOPS

Kelulusan ETOPS
Ada dua syarat untuk mendapatkan kelulusan ETOPS, Pertama, kerangka pesawat (airframe) dan enjin mesti memenuhi keperluan asas ETOPS semasa proses pembuatan pesawat dan persijilan. Salah satu ujian itu yang perlu dilepasi untuk mendapatkan kelulusan ETOPS ialah, pesawat itu semasa melakukan test flight perlu menutup satu enjin, terbang serta mendarat secara selamat pada masa lencongan yang ditetapkan.

Selalunya ujian penerbangan itu dilakukan di tengah-tengah lautan. Semasa test flight itu dilakukan, syarat utama yang perlu dilepasi adalah, pesawat tersebut perlu membuktikan yang krew penerbangan (pilot) tidak terlalu terbeban dengan kerja tambahan disebabkan satu enjin ditutup. Seain itu juga, ujian itu perlu menunjukkan bahawa kebarangkalian satu lagi enjin yang tinggal untuk turut tidak berfungsi adalah amat rendah. Terdapat beberapa kelas kelulusan ETOPS, contohnya ETOPS-120 dan ETOPS-180. Jika pesawat adalah untuk kelulusan ETOPS -180 , ia bermakna bahawa pesawat perlu terbang dengan muatan penuh menggunakan satu enjin sahaja untuk 3 jam (180 minit) dan perlu memenuhi syarat syarat yang di nyatakan diatas semasa ujian penerbangan.

Lagi satu syarat ialah mengenai operasi penerbangan dan penyelenggaraan pesawat. Operator atau airline yang mengendalikan pesawat perlu mematuhi syarat dan juga perlu menunjukkan mereka mampu mengawal selia penerbangan mereka sendiri dan berupaya untuk menjalankan penerbangan ETOPS . Skop ini memang luas untuk dibincangkan, tapi antara lain syarat ini termasuk termasuk airline tersebut perlu ada prosedur tambahan untuk operasi ETOPS, latihan untuk juruterbang dan kakitangan kejuruteraan, dan paling penting ialah perlu ada sistem reliabiliti untuk komponen berkaitan dengan operasi ETOPS.

Agensi berkuasa penerbangan akan memantau dengan ketat airline yang mengendali operasi ETOPS untuk memastikan rekod keselamatan sentiasa di atas paras memuaskan. Jika ada sebarang masalah teknikal ketika penerbangan ETOPS, ianya mesti direkodkan. Begitu juga dengan data sistem reliability, statistik akan dikeluarkan dan dianalisa secara berkala. Jika statistik menunjukkan prestasi penerbangan ETOPS di bawah tahap yang dibenarkan, kelulusan ETOPS boleh di gantung atau di tarik semula oleh pihak berkuasa.

Selamatkah pesawat ETOPS?
So persoalannya, selamatkah untuk terbang dengan pesawat ETOPS ang hanya mempunyai 2 enjin sahaja? Tambahan pula, kelulusan ETOPS ini membolehkan pesawat terbang dengan laluan “shortcut” tanpa perlu melalui airport lencongan berbanding penerbangan biasa. Disebabkan pesawat tak perlu lagi melalui kawasang lingkungan diversion airport, sempatkah pesawat membuat pendaratan cemas jika berlaku apa apa masalah? Ataupun adakah menaiki pesawat yang mempunyai lebih 2 enjin lebih selamat seperti Boeing 747 atau Airbus A340 yang mempunyai 4 enjin?.

southwest-warrior-one-fll-1024-602x401

Bagi saya, penerbangan ETOPS memang dianggap sangat selamat. Ini kerana operasi penerbangan ETOPS di pantau secara teliti dan juga cara penyelenggaraan pesawat adalah lebih ketat berbanding penerbangan biasa. Saya sendiri sebenarnya wajib menghadiri kursus berkaitan ETOPS hampir setiap tahun dengan tujuan untuk memberi kesedaran dan kepentingan mengenai operasi ETOPS di dalam tugas seharian.

Dari data yang dikumpul lebih dari sedekad menunjukkan kadar kegagalan (failure rate) yang amat rendah untuk penerbangan ETOPS. Ini menunjukkan bahawa program ini adalah sangat selamat. Selain itu juga, fakta menunjukkan kebarangkalian untuk kedua dua enjin mengalami kerosakan pada waktu yang sama adalah kurang daripada 1/satu bilion jam penerbangan. Ataupun dalam bahasa mudah, untuk masalah kedua dua enjin gagal secara serentak bagi sesuatu pesawat, kebarangkaliannya adalah hampir kepada mustahil.

Jika berminat untuk membaca semua artikel saya berkenaan kejuruteraan dan penerbangan, sila klik di pautan ini: Engineering & Aviation

3 responses to “[Aeroangkasa] ETOPS – Pesawat 2 Enjin

  1. Pingback: [Aviation] Kegagalan Enjin Semasa Penerbangan | MudaBahaya·

  2. Tahniah ada juga blog rakyat malaysia yg buat tntg info kapal terbang..biasa yg byk mengarang indonesia teruskan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s