SERATAS Mini Reunion

Alam sekolah adalah salah satu waktu yang paling menarik untuk dikenang. Disanalah kita mula belajar berkawan dan bertemu dengan orang lain selain dari ahli keluarga. Yang paling indah selepas itu ialah apabila persahabatan itu kekal sehingga dewasa dan bila bertemu kembali dapat pula mengenang kisah-kisah silam sambil ketawa bersama-sama.

Saya menghabiskan masa selama 5 tahun di sekolah saya ini, Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (singkatan SERATAS) iaitu sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) yang terletak di kaki Bukit Larut, Taiping. Sampai sekarang saya masih merasa berbangga dapat peluang belajar di sekolah saya ini sebab di sinilah saya belajar untuk menimba ilmu, belajar untuk berdikari dan survive dalam kehidupan dengan bimbingan guru guru yang saya anggap sangat cemerlang dan tanpa jemu mendidik kami. Memang banyak sekali kenangan yang saya simpan ketika belajar di sekolah ini terutama bersama rakan rakan.
SERATAS

Kebetulan ketika saya pulang ke KL pada minggu lepas, rakan rakan sekolah saya mengadakan pertemuan untuk sama sama bermain futsal di Shah Alam yang bertempat di Triways Futsal Padang Jawa. Sebenarnya dah lebih 3 tahun saya berhenti main futsal semenjak berpindah ke HK, jadi boleh juga lepas gian sebab dah lama tak main bola.

DSC_0089 DSC_0087 DSC_0071 DSC_0068 DSC_0064 DSC_0063 DSC_0062 DSC_0059 DSC_0052 DSC_0047 DSC_0045

Bertemu kembali apabila sudah dewasa dengan masing-masing sudah berkeluarga serta berkerjaya memanglah amat menyeronokkan. Reunion ini membuatkan kami terasa macam masih di alam remaja. Saya bangga dengan kawan-kawan walaupun kami dulu semua nakal (tapi bukan jahat dan tak kacau orang), tapi semuanya berjaya dengan kerjaya masing masing dan bahagia di samping keluarga sendiri.

DSC_0090

Terima kasih kepada yang join mini reunion ini walaupun bukan semua rakan rakan batch saya yang datang. Hopefully, next time kita berkesempatan untuk bertemu lagi dengan turn out yang lebih ramai.

2 responses to “SERATAS Mini Reunion

  1. Khelas bro! Parodi bomoh tu agak epik juga. LOL. Harap kita dapat kumpul ramai lagi sahabat Seratas 9498 untuk hadir ke futsal akan datang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s