Ladies Market – Mongkok

Kalau datang melawat ke HK, tak sah kalau tidak melawat ke Ladies Market.Pasar ini agak panjang sebenarnya, lebih kurang 1 km dengan lebih 100 buah gerai. Kalau di Malaysia, pasar ini lebih kurang seperti Petaling Street di KL. Nama Ladies Market diambil mungkin kerana pasar ini sebelum ini adalah tempat di mana wanita tempatan datang membeli belah seperti pakaian, barangan rumah dan perhiasan untuk wanita. Namun kini, selain daripada barang untuk wanita, tempat ini juga adalah tempat tumpuan pelancong untuk membeli barang barang cenderahati seperti keychain, fridge magnet, t-shirt, anak patung, jam tangan, barang elektronik dan sebagainya.

Saya juga perhatikan memang pasar ini juga tempat tumpuan ramai pelancong dari Malaysia, buktinya setiap kali saya datang memang akan berjumpa pelancong dari Malaysia di sini. Namun begitu, perlu diingatkan juga kita perlu bijak tawar menawar ketika membeli barang kerana selalunya harga barang yang dipamerkan agak mahal dari harga biasa.

3.2.1.8-Mong-Kok_03
DSC_0030

DSC_0047

Untuk datang ke Ladies Market, cara yang paling mudah adalah dengan menaiki MTR seperti berikut:
MTR:  Tsuen Wan Red Line
Stesyen: Mongkok Station, exit E2

Bagi makanan halal untuk orang Muslim, terdapat 3 tempat makanan halal di Ladies Market.

a. Miss India Restaurant
Alamat: 57 Tung Choi Street , Mong Kok.
Selalunya akan ada pekerja restoran yang akan memegang banner, jadi kita boleh bertanya kepada pekerja ini dan meminta dia untuk membawa ke arah restoran ini.

DSC_0034 DSC_0050

b. Turkish Donner Kebab
Alamat: Shop9, G/F, Witty Commerical Building,1A-1J Tung Choi Street, Mong Kok

DSC_0041 DSC_0042

c. 1453 Ottoman Mediterranean Cuisine
Alamt: G/F.,19 Tung Choi Street., Mong Kok

DSC_0045 DSC_0039

Kedai kedai ini terletak di baris yang sama di tepi Ladies Market. Jika anda berjumpa salah satu kedai di atas, teruskan berjalan di barisan kedai yang sama untuk mencari restoran halal yang lain.

Semua post saya yang berkaitan HK ada di link ini: Hong Kong

Jika ingin membaca kesemua artikel saya mengenai Hong Kong dan tips melancong ke sini, boleh rujuk di pautan ini: Hong Kong

 

3 responses to “Ladies Market – Mongkok

  1. Pingback: Beli Barangan Sukan @ Sneaker Street HK | MudaBahaya·

  2. Pingback: Stanley Market | MudaBahaya·

  3. Pingback: Cadangan Travel Itinerary ke Hong Kong | MudaBahaya·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s