[Aeroangkasa] Airbus A350 XWB

New generation aircraft A350 XWB is now ready for take off !! Pada 5 Mac yang lepas, saya berpeluang untuk menghadiri kuliah tentang pesawat terbaru dari Airbus ini. Kuliah yang bertajuk “A350 Certification Program” ini di anjurkan oleh Royal Aeronautical Society (HK) dan disampaikan oleh seorang jurutera yang berpengalaman dari Airbus. Beliau yang memegang jawatan Chief Engineer A350 XWB dari Airbus, Tulouse menceritakan pengalaman beliau menyelia projek pembuatan pesawat A350 dan bagaimana proses persijilan (certification process) berlaku, bermula daripada fasa reka bentuk (design) sehingga fasa ujian penerbangan (flight test). Sememangnya bercerita dari pengalaman beliau, proses membuat pesawat amat rumit dan kompleks serta ianya juga perlu melalui pelbagai proses dan ujian sebelum ianya disahkan selamat untuk berada di dalam perkhidmatan.

A350_XWB_out_of_paint_shop1 cockpit003 19285-airbus-a350-xwb-1280x800-aircraft-wallpaper

Untuk pengetahuan semua, A350 XWB adalah merupakan model pesawat terbaru keluaran Airbus dan “XWB” sebenarnya adalah bermaksud “Extra Wide Body”. Pesawat ini boleh membawa bilangan maksimum 440-550 penumpang, bergantung kepada varian. Terdapat 3 jenis varian A350 ketika ini iaitu A350-800, A350-900 dan A350-1000. Perbezaan ketara bagi varian varian ini ialah panjang badan pesawat seperti yang ditunjukkan di bawah.

700px-A350_variant_sizes.svg

Apa yang menarik tentang pesawat A350 ialah badan pesawatnya dibuat dari bahan komposit plastik gentian karbon (carbon fibre reinforced plastic) dan bukannya bukannya bahan logam.

Pesawat pesawat konvensional daripada Airbus sebelum ini menggunakan bahan logam (Aluminium Alloy) untuk badan pesawat dan penggunaan bahan komposit untuk badan pesawat A350 merupakan sesuatu perkara yang baru kepada pesawat Airbus. Sebenarnya penggunaan bahan komposit ini berjuan untuk mengurangkan berat kerana bahan ini lebih ringan daripada logam dan seterusnya menjimatkan penggunaan minyak. Airbus menyatakan bahawa pesawat baru ini berkeupayaan untuk menjimatkan minyak sebanyak 25% berbanding pesawat pesawat konvensional yang lain. Selain daripada itu, pengunaan bahan komposit juga bermaksud penyelengaaran pesawat lebih mudah kerana tiada lagi masalah logam karat (corrosion) seperti yang di alami oleh pesawat konvensional lain yang menggunakan bahan aluminium.

http-www.ahrtp.com-EG-Images5-EADS-Airbus-A350-XWB-composites-opt600x455-EADS

Antara video yang menarik yang ditunjukkan adalah mengenai ujian statik bagaimana sayap pesawat diuji . Ujian ini dijalankan untuk membuktikan tahap ketahanan struktur pesawat dan untuk melepasi salah syarat proses persijilan. Semasa ujian itu dilaksanakan, sayap pesawat tersebut ditarik dengan daya beban sehingga hujung sayap itu membengkok ke atas setinggi 5 meter dan apa yang mengkagumkan sayap itu dapat bertahan tanpa patah !!. Sila lihat video dibawah untuk lebih lanjut.

Pesawat A350 telah berjaya membuat ujian penerbangan pertama pada bulan Jun tahun lepas dan juga telah terbang ke Singapura untuk pertunjukan di Singapore Air Show pada bulan Feb 2014. Kilang Airbus di Tulouse ketika ini sedang rancak beroperasi untuk membina dan mengeluarkan pesawat kepada airline airline yang telah membuat pesanan. Qatar Airways merupakan airline pertama akan menerima pesawat terbaru A350 yang dijadualkanpada tahun ini. Pastinya ramai yang akan teruja dan tertunggu tunggu untuk terbang bersama pesawat moden ini. Namun mungkin juga ramai bertanya, apakah anda yakin untuk menaiki pesawat yang diperbuat daripada komposit plastik dan bukannya daripada logam?

0c8ea7a0b5

Jika berminat untuk membaca semua artikel saya berkenaan kejuruteraan dan penerbangan, sila klik di pautan ini: Engineering & Aviation

2 responses to “[Aeroangkasa] Airbus A350 XWB

    • Hari ni semua benda buat pakai plastik matjoe…aircraft plastik, nasi lemak pun tapau pakai plastik, muka n hidung pun buat plastik surgery, semuanya plastik belaka….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s