Home Made Puree Untuk Qaleesya

Qaleesha dah start makan sejak umur 6 bulan lagi. Memang senang nak bagi makan kat Qaleesha sebab semua benda dia telan ajer. Pantang tengok mama dan papa dia makan mulalah mulut dia seperti mengunyah makanan. Buat masa nie mama sediakan puree dari buah-buahan dan sayur-sayuran untuk si puteri nie. Sebenarnya tak susah sangat nak buat puree nie, cuma rajin atau tak aje sebenarnya.

Jom kita tengok cara cara untuk membuat puree untuk si manja.
1. Pilih buah-buahan atau sayur sayuran yang bayi anda suka. Qaleesha suka makan carrot, labu, apple, brokoli, pear, mangga, pisang(hanya perlu lenyek sahaja), kentang dan sawi.

DSC_0012 DSC_0009 DSC_0010

2. Kemudian kena cuci sayur atau buah tersebut sehingga bersih.
3. Potong kulit dan potong kecil-kecil buah serta sayur tersebut.
4. Boleh pilih samada hendak kukus atau rebus sayur dan buah tersebut. Saya pilih kukus kerana khasiatnya dapat dikekalkan. Kukus sehingga sayur dan buah tersebut lembut.

DSC_0018 DSC_0013

5. Kemudian masukkan sayur atau buah kedalam blender dan kisar sehingga halus untuk mengelakkan bayi tercekik (tekstur makanan bergantung kepada umur bayi tersebut, semakin bayi membesar semakin kasar tekstur makanan).
DSC_0024
6. Akhir sekali masuk makanan tadi kedalam mangkuk dan anda boleh mula menyuap makanan tersebut kepada bayi. Anda boleh tambahkan susu EBM (ibu) atau FM (formula) kedalam makanan jika perlu. Semasa bayi berumur 6 bulan, kita boleh memberi bayi makan sekali sehari (dalam 2 atau 3 sudu sahaja tujuannya adalah untuk bayi mula merasa atau mengenal rasa makanan). Kekerapan makanan akan bertambah mengikut umur bayi.

Baki makanan bayi tadi hendaklah dibuang dan tidak boleh disimpan kerana ianya telah tercemar dengan air liur bayi.

Baki puree tadi (yang belum dimakan) bolehlah anda masukkan kedalam bekas ais untuk dibekukan. Kami gunakan baby food freezer tray yang kami beli di kedai Babies “R” Us. Pastikan tutup bekas ais tersebut untuk mengelakkan puree tadi dari tercemar. Puree yang dibeku boleh disimpan sehinga 2 bulan. Pastikan juga melabel puree tersebut dengan nama makanan dan tarikh membuatnya. Simpan dibahagian frezer. Apabila puree tadi telah keras, boleh alihkan kedalam plastik atau bekas kedap udara. Bekas ais tadi boleh digunakan untuk mengisi puree yang lain pula.

DSC_0020DSC_0021DSC_0027

DSC_0050

Jika kita simpan di bahagian chiller, puree hanya dapat bertahan selama 2 hari aje.

Macam mana bayi nak makan puree yang sejuk tue? . Senang aje caranya hanya keluarkan berapa banyak puree yang diperlukan kemudian rendamkan puree tersebut dalam air panas atau gunakan warmer. Kalau boleh jangan gunakan microwave yea sebab nanti hilang pula nutrition puree tue.

DSC_0044 DSC_0039

Semasa menyediakan puree jangan tambah sebarang perasa kedalam makanan bayi. Biar taste buds bayi belajar untuk mengenal rasa pahit, masam, ,masin dan manis daripada makanan tersebut. Ini untuk megelakkan bayi tersebut menjadi picky eater apabila besar nanti.

Apabila bayi telah berumur 7 bulan keatas kita bolehlah masak bubur nasi dan tambah puree kedalamnya, sebagai contohnya:
1. bubur nasi + brokoli
2.bubur nasi + labu + sawi

DSC_0083 DSC_0087

Apabila bayi sudah boleh menerima buah dan sayur, barulah diperkenalkan daging pula. Ketika memberi bayi anda makan pastikan tiada sebarang alahan yang berlaku kepada bayi.Makanan yang hendak diberi kepada bayi hendaklah diberi selama 4 hari berturut- turut bagi mengesan jika terdapat sebarang alahan. Jika terdapat alahan hentikan pengambilan makanan tersebut dahulu dan berjumpalah dengan doktor.

48 responses to “Home Made Puree Untuk Qaleesya

    • My boss used to say, a man should never neglect his family for business. That is the reason why i leave office on time everyday.πŸ˜†
      By the way, thanks for reading my blog. Cheers.

  1. Tq sbb blog ni bnyk mmbntu
    Nk tny
    Bila start sesuai ng dia mkn? Siang or mlm
    Shari sekali dlm lingkung jam berapa te

    • Bila umur bayi dah 6 bulan dah boleh start bagi makanan pejal, tapi kena introduce sedikit demi sedikit takut2 bayi ada allergy. Mula2 kena bagi makanan yang telah blend supaya teksturnya halus,then bila umur bayi dah meningkat baru boleh bagi yang makanan yang teksturnya kasar sikit.
      Mula2 maybe boleh bagi sekali sehari,cthnya waktu lunch.
      maybe selepas 2 minggu boleh bagi kerap sikit, 2 kali sehari (lunch and dinner), bila dah biasa boleh le bagi 3 kali sehari (breakfast, lunch and dinner)…
      Yang paling penting pastikan bayi tidak ada tanda2 allergy terhadap makanan yg diberikan
      Selamat mencuba

    • Xderlah banyak mcm tue..just potong kecil2, basuh, stim sawi sampai lembut..
      Pastu blend dgn air masak yg sedikit shj
      Air jgn byk sgt takut jd cair
      Sbb sawi dah lembut
      So air xyah byk
      Harap ini dapat membantu

  2. Salam saya selalu trvel kdg mkn msa smpai shri bagaimna cara untuk bg tahan puree bby kita yea,n saudara blh bg info d mna untuk saya food frzeer tray ni,

    • Food freezer tray tu kami beli kat kedai babies’R’us…kalau tak jumpa, boleh juga guna tray untuk buat kiub ais , just cari yang boleh tutup…kat tesco atau giant maybe ada jual…
      pasal nak bagi tahan lama sehari susah nak cakap ler..tapi salah satu idea maybe boleh simpan dlm thermal food container kot. Takpun kalau nak senang just beli makanan bayi yang tersedia dalam botol jenama Heinz… ada jual kat supermarket..

  3. Hi, info yg sgt membantu :), nak tnya mcmna cara kta tambah susu ibu kedlm makanan bayi. sbb susu ibu slalu di simpan dlm tempat/ botol khas, kalau dah keluarkn susu tu, baki susu tadi masih boleh di simpan tak?

    • Ini sy susah nak jawab. Ini pendapat peribadi, kalau dah keluarkan susu tu lebih baik habiskan terus. kalau dah guna tapi masuk juga freezer, takut susu tu tercemar dengan bakteria kat luar juga. Itu pandangan peribadi sy lah..

  4. thanks for the info.. actually da tersilap bagi baby mkn nestum dulu.. nestum cerealac yg 6 bulan, sbb fikir sy xd masa untuk semua benda ni.. sy seorang yg bkerja.. baby hantar pengsuh.. then x nak susah kan penagsuh nak buat itu ini.. bile baby da start muntah2 n cirit birit then google jmpe la info pasal ni.. baby baru start makan 7 hari nestum tu.. terkilan dekat diri ni sbb x menjadi mummy yg alert pasal bnde ni.. thanks!
    sgt membantu n senang faham.. x sabar balik ni nak buat..

  5. Detail betul..!! sblm ni ada jgk tgk blog lain, tp info xcukup..tgk sini, terus faham..huhu mmg banyak membantu..terima kasih πŸ™‚

  6. Terima kasih dengan info yg sgt berguna kpd sy sbg ibu 1 st baby. Next month baby sy masuk 6 bulan. Jadi sy tercari2 menu terbaik utk bayi sy. search di google sy terbaca blok saudara. memg bnyk info berguna utk makanan pertama bby. sy akan cuba cara ini nnti. sihat, sangat mudah & cepat disediakan. mohon share ya πŸ™‚

  7. Assalamualaikum, nk tnya..my baby dh 6 bulan++, sy dah try bagi Puri epal,just nk tnya,perlu ke Puri epal sy tmbh kn susu masa blend?tq

    • Sy tak tambah susu utk buat puri ni…just bagi baby mkn puri epal mcm tu saja. Lagipun kalau nak simpan lama, tak perlu nak campurkan epal dgn susu masa blend. Takut tak tahan lama..

  8. hi…thanks untuk info..sy baru start nak buat puree freez untuk baby saya..sngt menyenangkan bagi ibu2 yang bekerjaya..x la hari2 nak sediakan makanan utk baby.just kuarkan saja dr freez dan panaskan..pengasuh pun senang nak sediakan untuk baby.

  9. Slm…a very helpful writing….my baby baru stat mkn yesterday…dgn tabahnya bt puri epal sndri…ha3….hrp dpt truskn n dberi ketabahan utk beri yg tbaik 4 my baby….smoge trus mnulis a meaningful writing after this..good luck!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s