Discovery Bay

Discovery Bay (DB ) merupakan sebuah kawasan penempatan yang terletak di pantai timur Pulau Lantau di New Territory. Ia merangkumi kawasan seluas 650 hektar (1,600 ekar), dan kawasan ini mempunyai dua teluk, Tai Pak Bay dan Yi Pak Bay. DB mempunyai kira-kira 18,000 penduduk dengan sebahagian besar komunitinya adalah dari kalangan ekspatriat. Oleh yang demikian, kita akan berjumpa lebih banyak penduduk eropah/berkulit putih berbanding penduduk tempatan di kawasan ini. Begitu juga dengan suasana di sini agak berlainan dengan kawasan lain di HK. Landskap, cafe, bar, kedai dan rumah di kawasan ini dibangunkan dan disusun atur untuk menyerupai kawasan penempatan di Eropah.

to-discovery-bay

Discovery_Bay Discovery-Bay-780x326 DSC_0001 DSC_0010 DSC_0032 DSC_0038 DSC_0043 DSC_0051

Terdapat dua cara untuk datang ke sini iaitu melalui pengangkutan bas ataupun feri seperti berikut:
1. Feri dari Central Ferry Pier 3 ke DB
Tambang HKD 31/ sehala – Masa: 25 minit perjalanan

2. Bas dari Tung Chung Citygate ke DB
Tambang HKD 10/ sehala – Masa: 20 minit perjalanan – No bas: DB01R

3. Bas dari MTR Sunny Bay ke DB
Tambang HKD 10/ sehala – Masa: 15 minit perjalanan – No bas: DB02R

4. Bas dari Terminal 1 HK Airport ke DB
Tambang HKD 35/ sehala – Masa: 30 minit perjalanan – No bas: DB03R

Fakta yang menarik mengenai tempat ini ialah mengenai larangan untuk menggunakan kenderaan bermotor di sini kecuali bas untuk pengangkutan awam. Peraturan ini dilaksanakan oleh pengurusan DB degan tujuan menjaga dan memelihara alam sekitar serta untuk memastikan kebersihan tempat ini sentiasa dijaga. Oleh yang demikian, penduduk di sini terpaksa menggunakan basikal untuk ke mana mana ataupun menggunakan kereta golf elektrik. Namun begitu untuk kereta golf, bilangannya adalah terhad dan lesen untuk menyewa kereta golf ini sangat mahal. Untuk mendapatkan lesen kereta golf sahaja, seseorang itu perlu membayar sekurang kurangnya HKD 3 juta (MYR 1.3 juta) hanya untuk membayar lesen sahaja!!

090

Suasana dan pemandangan di DB agak menarik bagi menghabiskan cuti hujung minggu untuk keluarga. Disini terdapat juga pantai untuk berkelah, bazar dan supermaket untuk membeli belah dan juga restoran untuk menjamu selera. Ketika saya datang ke sini, cuaca agak dingin disebabkan oleh ketika ini masih lagi dalam musim sejuk. Jadi tidak seperti ketika musim panas, kelihatan keadaan di pantai agak lengang.

Frisbee-4

DSC_0026 DSC_0022

Di samping itu, disini ada juga satu restoran halal untuk masyarakat Islam iaitu Ebeneezer Kebab & Pizzeria yang menyediakan makanan middle east dan india.

DSC_0054

Jika ingin membaca kesemua artikel saya mengenai Hong Kong dan tips melancong ke sini, boleh rujuk di pautan ini: Hong Kong

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s