Penginapan di Hong Kong

Memang banyak hotel hotel di Hong Kong untuk dipilih bagi tujuan penginapan, setakat yang saya tahu ada lebih 200 hotel dari hotel 5 bintang hinggalah ke hostel untuk pelancong backpackers. Namun bagi pelancong muslim, dicadangkan adalah lebih baik untuk memilih hotel di daerah Tsim Sha Tsui (TST) ataupun Wan Chai. Kedua dua kawasan ini menjadi pilihan pelancong untuk tempat membeli belah dan juga banyak tempat tempat tumpuan pelancong yang menarik untuk dilawati. Dan yang paling penting, kebanyakan restoran restoran halal banyak tertumpu di kedua dua kawasan ini.

Grand Hyatt Hong Kong

Pada ketika ini, terdapat 40-50 restoran halal yang berdaftar terdapat di Hong Kong dan 50% daripadanya terletak di kedua dua kawasan Tsim Sha Tsui dan Wan Chai. Tambahan pula, dua masjid terbesar di Hong Kong jugs terletak di Tsim Sha Tsui dan Wan Chai iaitu:-
a.  Kowloon Mosque (Tel: 2724 0095) yang terletak di 105 Nathan Road, Tsim Sha Tsui.. (Stesyen MTR Tsim Sha Tsui Exit A)
b.  Masjid Ammar (Tel: 2575 2218) terletak di 40 Oi Kwan Road, Wan Chai (Stesen MTR Wan Chai Exit A3).

Di kawasan Tsim Sha Tsui dan Wan Chai, tempat tempat penginapan (hotel hotel mid range) yang boleh saya cadangkan untuk pertimbangan adalah seperti berikut. Hotel hotel ini agak sesuai dipetimbangkan kerana jaraknya tidak jauh dari stesyen MTR, dekat dengan restoran halal, sesuai untuk keluarga dan juga jaraknya yang tidak jauh dengan masjid.

Tsim Sha Tsui (Harga dalam lingkungan USD 110 – USD 140 semalam)
1.Standford Hillview Hotel, TST;
2.Empire Hotel, TST;
3.BP International, TST;
4.Kimberley Hotel TST;
5.Best Western Grand Hotel, TST;
6.Kowloon Hotel, TST;
7.Park Hotel, TST

Wan Chai (Harga dalam lingkungan USD 110 – USD 140 semalam)
1.Chaterhouse, Causeway Bay;
2.Hotel Bonaparte by Rhombus, Wan Chai;
3.South Pacific Hotel, Wan Chai;
4.Cosmo Hotel, Wan Chai;
5.Empire Hotel, Wan Chai;
6.Metropark Hotel, Wan Chai;
7.The Fleming, Wan Chai;
8.Walden Hotel, Wan Chai.

hotel2

Ada juga pilihan pilihan lain yang lebih murah untuk hotel atau hostel bergantung kepada bajet dan pilihan masing masing. Namun begitu, adalah digalakkan untuk memilih hotel dalam kawasan TST, Jordan dan Wan Chai. Ini kerana kawasan ini lebih meriah, dekat dengan tempat tumpuan pelancong, restoran halal, pengangkutan awam dan juga masjid. Perlu juga diingat, cadangan tempat penginapan di atas adalah pandangan peribadi saya sahaja. Selalunya jika saya memilih hotel untuk travel, saya akan merujuk kepada web http://www.tripadvisor.com//  untuk membaca sendiri komen komen pelancong yang pernah menginap di hotel tersebut sebelum saya membuat keputusan.  Jadi saya mencadangkan untuk membuat perkara yang sama dalm membuat pilihan untuk penginapan di HK.

Jika ingin membaca kesemua artikel saya mengenai Hong Kong dan tips melancong ke sini, boleh rujuk di pautan ini: Hong Kong

18 responses to “Penginapan di Hong Kong

  1. AS-Salam. Saudara Ir. Edie Fendie. Saya dari Msia. jumpe blog saudara kerana saya sedang survey about HongKong. Saya plan nak ke sana pd Oct 14 ni. sebenarnye anak saya telah pon berada di sana waktu ni. sedang traning 3 bln di hq HSBC. sedih saya sbb area dia tinggal x jumpe tmpt makanan halal. dia stay kat Rosedale Hotel. maybe bln ramadan dia pon x sempat nak survey tmpt mkn yg halal.Balik dari office pon dan lewat.
    setelah membaca blog saudara byk membantu.
    Terima kaseh.

    • As salam Pn Jubie. Thanks sbb baca blog saya yg x seberapa ni. Looking for halal food in HK is not really that bad mcm sesetengah org sangka. Banyak jer org Islam kat sini. If you need any help about HK, just drop me an email and i’ll try to help you as much as I can. Thanks..

  2. Assalam saudara Edie… saya Bashah dari Sepang.
    Nak tanya tuan beberapa perkara … harap tuan sudi menjawab:
    1. Masa sesuai melawat hong kong.. ? Boleh tak tuan rekomen bulan sesuai… kalau boleh jika saya pergi sekeluarga nanti… cuaca di hong kong ketika tu tak panas.. sejuk tapi tak sejuk sangat… kalau dpt nyaman macam di Cameron Highland… Bulan bila tu tuan?

    2. Kalau say ambik bilik hotel…contoh Deluxe Room Twin katakan… adakah pihak hotel check berapa ramai sebilik? Kalau bilik family mahal lah pulak kan… adakah management hotel tu tegas/strict ?

    TQ Tuan

  3. As Salam Saudara Bashah.. sorry for late reply. Being busy with my job lately. By the way, ini ialah ialah jawapan saya:-

    a. Bagi saya, masa yang ideal utk dtg ke sini ialah pada hujung October hingga November. Dalam waktu ni adalah musim luruh (autumn), jadi x panas dan x sejuk sangat. Nyaman nyaman saja. Temperature mungkin dalam lingkungan 20-25 celcius. Humidity (kelembahan) pun akan mula menurun, so memang selesa sebab tak berpeluh. Dalam bulan December maybe dah sejuk sedikit sbb nak mula winter.

    2. Saya tak berapa pasti tentang ini sebab berlainan hotel mempunyai polisi yang berbeza. So far, saya tak pernah kena tanya lagi saoalan sperti berapa org sebilik bila time check in. So, maybe boleh tgk kat website hotel berkenaan ttg polisi mereka. Namun begitu, saya rasa hotel di HK agak kecil berbanding dengan standard di negara2 lain. Jadi, maybe saudara boleh consider perkara ini bila nak tempah hotel.

    Have a good trip to HK..

  4. As salam Tuan…Saya sekeluarga bercadang untuk pergi ke Hong Kong esp ke Hong Kong Disneyland..Jika tidak keberatan boleh tak tuan list kan senarai tempat penginapan dan bajet untuk ke sana. Adakah better stay hotel berdekatan dgn disneyland or macam mana…

    TQ..

  5. Assalamualaikum..

    tuan, sy akan travel ke hong kong pd 31 Jan 2015 ni. dduk di hotel JJ hotel di wan chai road. adakah ok hotel tu? mksudnye dekat dgn mtr dan ammar mosque? sbb tuan xde listkan hotel tersebut di dlm blog ni. sy cume ingin mendapatkan kepastian..

    terima kasih ye..

    • Salam Leza…kalau ikut location hotel jj tak jauh dgn mtr dan dah dekat la causeway bay…nak pegi masjid ammar pun x jauh sgt…dan tempat mkn halal mmg ada dgn kawasan wan chai…ttg ok ke tak tu sy x pasti, tapi sy gugel td kt intenet review mcm ok je…most of the hotel dkt hk bersih dan kemas…cuma saiznya agak kecil

  6. As salam Tuan Edie bagaimana pulak dgn Cosmopolitan Hotel dari segi lokasi dan access. Terima Kasih

    • Kalau ikut lokasi hotel ni terletak 10 minit dari stesyen mtr causeway bay. Dalam area causewaybay senang cari makanan halal dan dekat dengan masjid wan chai kalau nak mkn dimsum. Cuma mcm sy kata tadi kena 10 minit berjalan lah dari hotel ke mtr stesyen kalau nak naik train which i think is not too bad. Lagipun nak dtg hk memang kena banyak jalan kaki pun..

      • TQVM Tuan Edie for the info. Saya dah lama buat survey pasal hotel kat HK ni walaupun saya nak pergi lambat lagi in November.Kalau jalan kaki 10 minit tu ok lagi. Ada few hotels dalam list saya ie XI Hotel, BP International. Cosmo Hotel , Cosmopolitan dan Shamrock Hotel. Semestinya saya nak pilih hotel dari segi easy access and senang nak carik makan. Anyway thank you again ye. Kalau Tuan ada hotel lain yang Tuan rasa ok bolehlah recommend kat saya.

      • Kalau nak senang cari makanan halal, cari hotel yang dekat dengan area Tsim Sha Tsui atau Causeway Bay. Pasal hotel mana nak pilih tuh sy tak berani nak komen sebab takde experience and masing2 ada preference2 masing2. Tapi boleh lah check review kat TripAdvisor atau Booking.com dan tgk komen2 pelawat yang pernah menginap kat situ sebagai reference.

  7. Assalamualaikum tuan eddie…saya n family (bring along my 2 kids n 1 baby) akan ke hong kong 18hb ini.percutian secara mengejut dan baru decide 2 weeks ago..saya akan stay di bp international hotel.saya sedang susun itinerary selama 6 hari disana termasuk 2 days 1 night di shenzhen berdasarkan blog2 yg ada n blog tuan antara yg menjadi rujukan utama saya.kalau tak keberatan boleh ke tuan explain:
    I) cara nak ke citygate mall dari the peak
    Ii) cara nak ke stanley street dan causeway bay dari bp international hotel
    *saya dh cuba survey n google..tiada direction yg tepat diceritakan
    Iii) which one is easy and worth it dr airport ke bp international hotel
    Iv) tpt2 apa must go n menarik di shenzhen yg patut sy pergi dan shopping

    Maaf lah tuan…pjg berjela pula soalan.trm kasih dapat membantu…:)

    • (1) – Dari the peak tram station, jalan kaki ke Central/Hong Kong Station. Ambil train Tung Chung Line ke Tung Chung

      (2) – Anyway, nak pegi 2 tempat ni kena ambil train MTR terdekat dengan hotel awak. Saya ada tulis pasal Stanley Market kat blog saya: https://mudabahaya.wordpress.com/2014/12/23/stanley-market/. dari Central Station, kena ambil bas lain nak ke Stanley. Boleh baca kat post saya tu.
      Untuk Causeway Bay, ambil MTR dan exit ke stesyen causeway bay.

      (3) kalau nak mudah naik teksi lah memandangkan pergi satu family. Ataupun kalau nak murah naik bas nombor A22 dari airport, turun di Chi Wo Street; Jordan Road. Then jalan kaki dalam 6 minit. Lagi satu option, naik Airport Express ke Tsing Yi, then tukar train di Namcheong dan kemudian tukar train lagi ke Austin.

      (4) Tempat2 yg saya pernah pegi di Shenzen ada saya cerita kat blog saya: https://mudabahaya.wordpress.com/category/shenzhen/
      Mungkin ada tempat lain, tapi sy tak pernah pegi

      • Trm kasih ye…stanley market tu jauh ye dgn causeway bay…station mtr yg terdekat dgn bp international hotel ialah jordan station…blog tuan mmg byk guide sy..rasa confident sikit sbb ini first time travel tanpa travel agency

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s