Makanan Halal di Hong Kong

Bagi yang ingin membuat perancangan untuk datang melawat Hong Kong, salah satu persoalan yang penting difikirkan ialah berkenaan dengan makanan halal. Namun begitu, satu fakta yang menarik ialah terdapat kira kira 250, 000 penduduk Islam di Hong Kong.120,000 daripadanya adalah terdiri daripada rakyat Indonesia yang datang bekerja sebagai pembantu rumah dan selebihnya adalah penduduk Islam tempatan, sama ada dari keturunan Cina ataupun imigran dari Pakistan yang sudah lama menetap di sini. Jadi, kalau nak dibandingkan dengan negara negara bukan islam yang lain, restoran halal di Hong Kong bukanlah sesuatu yang sangat sukar di cari.

Beberapa tahun kebelakangan ini, restoran restoran halal di Hong Kong tumbuh dengan agak mendadak untuk memenuhi permintaan masyarakat Islam di sini. Begitu juga dengan supermarket yang menjual barangan halal juga semakin banyak. Pada tahun 2010, hanya ada 14 restoran halal di Hong Kong, namun ketika itu bilangan nya telah mencecah 3 kali ganda. Ketika ini, terdapat 55 restoran halal yang berdaftar di Hong Kong yang berada di dalam senarai rasmi. Ada juga restoran restoran halal lain yang diusahakan oleh peniaga Islam tetapi tidak mendaftarkan restoran mereka terutama restoran kecil kecilan. Selalunya, restoran restoran kecilan ini mempunyai tulisan halal di papan tanda kedai mereka.

Hal ehwal tentang agama Islam dan penduduk Muslim diselia oleh Incorporated Trustees of the Islamic of Hong Kong Hong Kong. Begitu juga dengan makanan dan restoran halal. Lesen dan sijil halal dikawal oleh badan ini. Bagi restoran halal yang telah mendaftar dan mendapat sijil halal, bentuk sijil dan logo halal adalah seperti berikut:

hong-kong-halal

Untuk senarai makanan halal yang lengkap, sila klik pada pautan berikut ataupun rujuk gambar seperti di bawah:

Klik di sini: Senarai makanan halal

Halal-List_en_1

Halal-List_en_2

Juga di dalam taman tema seperti Disneyland dan Ocean Park, ada disediakan restoran halal di dalam kedua dua taman tema ini. Begitu juga dengan di HK Airport, ada juga restoran halal di sana. Anda boleh klik dibawah untuk post saya tentang HK Airport dan Disneyland HK.
Klik di sini: Disneyland HK
Klik di sini: HK Airport

Perlu juga diingatkan, ada sebahagian restoran restoran halal ini juga ada menjual minuman beralkohol untuk memenuhi permintaan pengunjung bukan Muslim. So, jangan terkejut jika anda dapat lihat minuman beralkohol juga ada disediakan di dalam menu. Tapi untuk makanan, ia memang halal kerana telah di periksa dan diluluskan oleh Majlis Agama Islam Hong Kong.

Kalau berada berada di kawasan Tung Chung/ Citygate/Hk Disneyland atau HK International Airport, boleh juga tempah makanan halal delivery di sini: Halal Food Delivery

Jika ingin membaca kesemua artikel saya mengenai Hong Kong dan tips melancong ke sini, boleh rujuk di pautan ini: Hong Kong

 

One response to “Makanan Halal di Hong Kong

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s