The Old Town of Dongmen

Perjalanan saya ke Shenzhen pada kali ini adalah untuk menghabiskan hujung minggu yang panjang sempena tahun baru Cina. Sememangnya tahun baru Cina adalah merupakan perayaan terbesar di sini, jadi penerbangan keluar masuk dari HK akan sangat sibuk ketika itu.  Saya ingat lagi pada tahun lepas dimana saya terpaksa transit di Singapore dari KLIA untuk pulang ke HK disebabkan pernerbangan yang sangat sibuk. Jadi pada tahun ini, saya dan keluarga bercadang untuk tidak pulang ke tanah air dan kami menuju ke Shenzhen untuk menghabiskan masa cuti.

Di Shenzhen, selepas keluar dari immigration di Lowu/Luohu, saya terus mendapatkan teksi untuk ke hotel. Kali ini saya menetap di Shenzhen selama 2 malam dan lokasi hotel yang kami pilih adalah terletak di Dongmen. Lokasi ini lebih ideal kerana ianya dekat dengan stesyen train Metro dan juga ada restoran halal bedekatan. Dongmen sebenarnya tidaklah jauh sangat dari sempadan Lowu/Luohu iaitu hanya 4 km sahaja dari kawasan Luohu. Tambang teksi yang dikenakan hanya 16 yuan (RM 8) untuk sampai ke hotel. Setakat ini, pengalaman menaiki teksi di China adalah memuaskan dan saya belum lagi pernah ditipu oleh pemandu teksi di sini (tidak seperti di Bangkok). Cuma kebanyakan pemandu teksi tidak tahu berbahasa Inggeris, jadi saya hanya perlu menyediakan dan tunjukkan alamat yang ditranslatekan dalam bahasa China. Untuk membayara tambang pula, ianya agak mudah kerana pemandu teksi juga menggunakan meter dan kita hanya membayar apa yang tertera di atas meter.

Selain menaiki teksi, boleh juga untuk menaiki tren Metro sebagai alternatif untuk sampai ke Dongmen. Dari stesyen Metro Luohu, boleh naik tren ke stesyen Laojie di Line 1 (berwarna hujau) dan keluar di Exit E untuk sampai ke Dongmen. Tiket train boleh dibeli dengan menggunakan mesin kiosk tiket. Yang sedikit pelik, mesin ini hanya boleh menerima duit syiling 1 yuan dan duit kertas 5 yuan. Duit kertas lain seperti 10, 20, 50 atau 100 yuan tidak diterima. Jadi pengguna perlu ada duit kecil untuk membeli tiket ataupun terpaksa pergi ke kaunter untuk menukar duit kecil.

Dongmen merupakan sebuah tempat perniagaan dan komersial yang sudah berusia 300 tahun di Shenzhen dan ianya masih kekal sehingga kini . Ramai pelancong datang ke Shenzhen lebih tertumpu di pusat komersil Luohu tetapi tidak ramai yang mengetahui tentang kewujudan Dongmen. Sebenarnya kawasan Dongmen adalah tempat yang lebih baik dan lebih murah untuk membeli belah berbanding Luohu. Dan yang paling penting, penjual di sini tidaklah memaksa untuk membeli jika kita datang ke kedai untuk hanya melihat lihat dan bertanya harga. Memang banyak sekali barang barang yang boleh di cari termasuk pakaian, barang perhiasan, kasut, pakaian kanak kanak, beg, alat permainan, barangan rumah seperti cadar, langsir dan sebagainya., Kalau bukan kerana cuti tahun bari Cina, kawasan ini memang sesak dengan pengunjung. Sepanjang laluan, kiri kanan gerai gerai, bangunan kedai dan juga pusat membeli belah. Shopping tips? Kedai kedai terpencil dan terletak agak jauh ke dalam selalunya menawarkan harga yang lebih murah.

DSC_0072 DSC_0019 DSC_0011 DSC_0008

Ada beberapa tempat makanan halal yang saya jumpa di kawasan Dongmen ini. Makanan halal yang paling menarik ialah sate kambing panggang yang dijual di oleh peniaga Islam. Peniaga Islam yang menjual makanan halal di sini agak mudah untuk dikenalpasti kerana wajah mereka agak berbeza berbanding orang Cina biasa kerana wajah mereka seperti ala ala orang Turki. Sebahagian mereka juga memakai kopiah putih. Semasa saya bertanya sama ada makanan yang dijual adalah halal atau tidak, peniaga tersebut senyum dan menanggukkan kepala dan juga mengucap kalimah syahadah untuk meyakinkan saya. Rasa sate kambing panggang tidak sama dengan sate kita di malaysia, tetapi memang sedap dengan kombinasi rasa masin dan pedas. Buluh yang digunakan untuk mencucuk daging kambing juga lebih besar.

DSC_0526DSC_0046 DSC_0045 DSC_0050 DSC_0032

Selain itu, saya juga bertemu satu lagi restoran halal yang menyediakan makanan Cina ala Xinjiang. Ianya terletak di Hubei Road dan landmark yang terdekat ialah Huajia Curtain Fabric Plaza dan bertentangan dengan Dongmen Hotel. Papn tanda restoran ini berwarna hijau, jadi mudah untuk dikenalpasti. Seperti kebanyakan restoran Cina yang lain, menu utama yang disediakan lebih kepada makanan berasaskan mee. Saya sendiri tak pasti apa nama menu makanan tersebut kerana semuanya ditulis dalam bahasa Cina dan seperti biasa, tiada siapa pun yang boleh berbahasa Inggeris. Jadi, saya hanya merujuk kepada gambar di menu untuk mebuat pesanan. Yang paling menarik, mee yang digunakan adalah dibuat sendiri iaitu diuli dan dipotong menjadi mee oleh pekerja restoran. Saya boleh lihat sendiri proses membuat mee ini kerana ianya dilakukan di hadapan pintu masuk restoran. Selain mee, ada juga makanan lain seperti nasi goreng. dim sum dan juga nasi berlauk.

DSC_0083 DSC_0517 DSC_0511 DSC_0516 DSC_0520 DSC_0523

6 responses to “The Old Town of Dongmen

  1. Pingback: Shenzhen & Windows of The World | MudaBahaya·

  2. Saya dah bermalam di Shenzhen 3 kali dan minggu depan saya akan menetap untuk 4 malam. Dongmen adalah tempat yang amat sesuai untuk membeli belah serta makan menu Muslim, samaada stail China atau Arab.. exit dari Laoje MTR ada satu kedai dengan kebab/sate/daging kambing dan di Dongmen East Gate, jalan terus, ambil lorong kiri pertama ada kedai stail China yang rata2 kuantitinya amat besar dan harga sekeping roti arab dengan isi daging hanya 7 yuan, saya pernah bawa 2 keping roti ini dan boleh tahan 2 malam di Hong Kong! Shenzhen tiada masalah nak makan, supermarketnya dn harga minuman sangat murah berbanding HK. Roti Arab bijan 3 yuan, banyak kedai nak makan, saya suka jalan2 pusing sana sini hingga Laojie Station, patah balik cari lokasi lain. Bertentangan dengan Metropark Shenzhen ada jalan, ada satu kedai China Muslim, harga standard.

    • Ye betul En Norhisham…makanan di Shenzhen mmg lagi murah berbanding di HK..kat HK satu meal je harga dia dlm hkd50 ~ hkd 60. Ramai juga la yg terkejut bila dtg sini tgk harga makanan mahal…tapi nak buat mcm mana kan, dah standard mmg mcm tu. Yg penting halal..

  3. Boleh tahu di mana tempat membeli cadar dan table cloth yg murah kat Shenzhen.
    Anothe memandangkan saya ada extra one day, is it worth taking the bullet train to Guangzhou?
    Tk

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s