Splendid China and Cultural Folks Village

Sebenarnya agak lebih mudah untuk sampai ke Taman Splendid China and Cultural Folks Village dengan menggunakan train Metro. Saya menggunakan train Metro Line 1 yang berwarna hijau, keluar di stesyen Overseas Chinese Town (OCT) dan keluar di exit D. Taman Splendid China and Cultural Folks Village terletak tidak jauh dari situ.

Untuk masuk kedua dua taman ini, tiket masuk berharga 150 yuan untuk dewasa, 70 yuan untuk kanak kanak dan percuma bagi kanak kanak dengan ketinggian kurang dari 1.2 meter. Disebabkan tinggi Eiman masih di bawah 1.2 m, jadi saya hanya membayar 2 tiket dewasa sahaja untuk tiket.  Waktu operasi taman ini adalah dari 9 pagi hingga 9 malam.

DSC_0104 DSC_0112 DSC_0148

China Folk Culture Villages yang meliputi 22 hektar kawasan merupakan sebuah taman tema yang terletak di Shenzhen. Oleh kerana China merupakan sebuah negara yang besar, tentunya penduduknya juga terdiri dari pelbagai jenis kaum dan juga etnik. Kalau diikutkan, terdapat 56 etnik yang diiktiraf oleh kerajaan China daripada 1.3 billion jumlah penduduk di China. Untuk taman tema Splendid China di sini, terdapat 24 kampung dari 22 etnik minoriti dibina di dalam taman ini. Untuk setiap kampung, rumah contoh dibina dengan saiz sebenar dan kita boleh masuk kedalam rumah tersebut untuk melihat cara kehidupan etnik tersebut, perkakas, peralatan, bilik tidur, jenis jenis pakaian dan sebagainya. Selain itu, ada juga persembahan kebudayaan seperti tarian, persembahan alat muzik dan sebagainya. Agak menarik juga tempat ini kerana boleh melihat sendiri pelbagai senibina dan budaya yang berbeza. Tak sangka rupanya kaum Cina juga mempunyai banyak etnik yang berbeza beza yang mengamalkan bahasa, agama dan budaya yang ketara berbeza.

DSC_0309 DSC_0313 DSC_0318 DSC_0328 DSC_0337 DSC_0344 DSC_0346 DSC_0357 DSC_0379 DSC_0380

DSC_0155 DSC_0395 DSC_0400 DSC_0408 DSC_0411 DSC_0417 DSC_0421 DSC_0422 DSC_0432 DSC_0459 DSC_0461 DSC_0462

Salah satu show yang menarik yang sempat saya saksikan adalah Golden Spear Dynasty – Battle on Horseback Show. Pertunjukan ini mempamerkan aksi peperangan berkuda pada zaman dahulu. Pertunjukan sejarah epik ini adakah mengenai pahlawan nomad yang mengetuai 40,000 askar dan mengalahkan 400,000 askar di dalam pertempuran bersejarah. Selain aksi peperangan, pertunjukan juga disertakan dengan aksi aksi mempertahankan diri dan akrobatik dengan menggunakan kuda. Walaupun cerita mengenai pertunjukan ini menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, tapi kita boleh mengagak jalan ceritanya berdasarkan aksi aksi yang ditunjukkan.

DSC_0188 DSC_0206 DSC_0232

Untuk Splendid China pula, ia terletak bersebelahan sahaja dengan Cultural Folks Village dan ianya adalah merupakan taman tema yang mempamerkan replika replika mengenai tempat tempat menarik di China. Replika replika seperti the Great Wall of China, the Temple of Heaven, the Forbidden City, the Three Gorges Dam, the Terracotta Army dan sebagainya dipamerkan disini. Jadi boleh melawat seluruh China dalam masa satu hari sahaja !

DSC_0506 DSC_0503 DSC_0501 DSC_0500 DSC_0492

Sememangnya taman ini sangat besar saiznya. Bagi mereka yang tak larat untuk berjalan, ada disediakan perkhidmatan kereta  elektrik ataupun menaiki tren elektrik untuk melihat seluruh kawasan ini. Tapi bayaran tambahan dikenakan untuk perkhidmatan ini.

One response to “Splendid China and Cultural Folks Village

  1. Pingback: Shenzhen & Windows of The World | MudaBahaya·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s