Eiman’s Speech & Drama Class

Mesti ada orang tertanya tanya apa yang Eiman belajar kat kelas Speech & Drama ni? Nak belajar berdebat macam politician ker? Atau belajar nak jadi artis? Actually, tujuan kami hantar Eiman pegi kelas ni bukan nak suruh jadi artis atau belajar berdebat, tapi tujuan utama ialah supaya keyakinan diri Eiman lebih baik dan dia tak takut untuk bercakap bila berdepan orang ramai.

Tempat yang Eiman pegi belajar tu namanya SALALA Kid House. Terletak di Coastal Skyline Tung Chung dan ianya tidak berapa jauh dari rumah kami. Program pendidikan SALALA sebenarnya berasal dari Australia. Kalau ikut maklumat yang sekolah tu bagi, program SALALA ni menyediakan suasana pembelajaran yang selamat dan hygenic untuk kanak kanak berdasarkan keperluan sosial, emosi, fizikal dan pendidikan kepada pembangunan kanak kanak pra-sekolah.

images

Kelas yang Eiman masuk ni banyak melibatkan aktiviti seperti membaca poetry, berlakon watak di dalam cerita, menyanyi, bermain alat muzik, menggunakan prop kostum dan juga ekpresi menggunakan bahasa.Cikgu yang mengajar Eiman namanya Ms. Carol. Dia mempunyai 10 tahun berpengalaman dalam mengajar bahasa Inggeris dan dia juga pernah berkhidmat di British Council di Sepanyol dan HK. Setakat ini apa yang saya perhatikan, memang Ms. Carol pandai menjadikan suasana kelas menarik dan Eiman nampaknya suka dengan aktiviti yang diadakan di kelas.

DSC_0077-2

 Saya harap selepas ini, Eiman boleh jadi lebih konfiden, bijak berbahasa dan pandai mengexpreskan diri di khalayak umum. Yang paling penting, dia suka untuk datang belajar dan enjoy..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s