Discover Aviation Careers

Pada Sabtu lepas, saya dan keluarga berkesempatan untuk pergi ke pameran Discover Aviation Careers 2014 yang bertempat di Hong Kong Convention and Exhibition Centre, Wan Chai. Pameran ini bukan sahaja terbuka untuk pekerja professional yang terlibat dalam bidang penerbangan, tetapi juga dibuka untuk umum yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kerjaya di dalam industri penerbangan. Antara syarikat syarikat yang terlibat dengan pameran ini adalah syarikat syarikat penerbangan, syarikat baikpulih dan penyelenggaraan pesawat, Hong Kong institution of Engineers (HKIE) serta badan badan kerajaan HK yang terlibat dengan penerbangan seperti polis udara serta Goverment Flying Services.
DSC_0057

Antara yang menarik di dalam pameran ini ialah terdapatnya sebuah engine pesawat Airbus A340 dipamerkan. Enjin jenis CFM56-5C ini dipamerkan oleh syarikat Hong Kong Aero Services Ltd. (HAESL) yang merupakan sebuah syarikat baikpulih dan penyelenggaraan enjin pesawat di HK. Selain daripada itu, aktiviti aktiviti lain yang ada di sini ialah booth pameran kerjaya, ceramah kerjaya dan topik berkaitan industri penerbangan serta sesi soal jawab bersama juruterbang dan jurutera.

DSC_0033

Selain itu antara tujuan lain sebab saya datang ke pameran ini adalah untuk mendengar kuliah/ceramah di sini untuk mencukupkan CPD (Continuing Professional Development) hours saya.Sebabnya untuk mengekalkan keahlian dan lesen jurutera professional saya dengan HKIE, saya perlu mencukupkan 30 jam setahun dengan cara menghadiri ceramah, kuliah, seminar teknikal berkaitan dengan bidang kejuruteraan yang didaftarkan. Antara ceramah yang sempat saya ikuti adalah:

–  Novel Advanced Composites for Modern Aircraft Design oleh HK Polytechnic University
 –  High Tech – Aero Engine Turbine Section Repair oleh HAESL

Nampaknya ramai juga pelajar pelajar yang datang ke sini, mungkin untuk mengetahui lebih lanjut tentang prospek dan peluang kerjaya. Sempat juga saya snap beberapa gambar di sini termasuk gambar Eiman duduk di atas kerusi juruterbang. Nak jadi pilot ker Eiman bila besar nanti? Dia jawab “tak nak sebab tak best…”

DSC_0008 DSC_0012 DSC_0019 DSC_0037 DSC_0061 DSC_0063-2 DSC_0065 DSC_0073-2 DSC_0069-2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s