Iklim dan Cuaca di Hong Kong

Ramai juga yang bertanya soalan dekat saya tentang cuaca dan iklim di HK. Ada salji ker, sejuk sangat ker bila winter, nak pakai baju apa masa datang sini dan sebagainya. Jadi untuk post kali ini, mungkin saya boleh bercerita sedikit sebanyak berkenaan tentang cuaca dan iklim di HK. Secara amnya, iklim di HK adalah diklaasifikasikan sebagai iklim sub-tropika dengan empat musim berbeza iaitu musim sejuk, musim bunga, musim luruh dan musim panas.

Musim Sejuk (Winter)
Musim sejuk bermula dari pertengahan Disember hingga bulan Febuari. Tidak ada salji di HK, tetapi suhu di sini agak sejuk dan kering secara puratanya berlegar sekitar 10 hingga 17 Celcius. Kadangala bergantung kepada angin monsun, suhu juga boleh jatuh di antara 5 hingga 10 darjah Celcius. Januari merupakan bulan yang paling sejuk di sini. Jadi ketika musim sejuk, memang kena pakai jaket atau baju winter terutama bagi yang tak tahan sejuk. Tapi tak perlu lah nak pakai snow cap atau sarung tangan sebab di sini bukan ada salji pun. Ketika musim sejuk, memang saya di rumah kena pasangkan alat pemanas terutama pada waktu malam. Lagi satu ketika musim sejuk, di sebabkan cuaca yang kering dan sejuk, memang agak mudah untuk kena selsema/demam/running nose. Jadi sebelum tiba musim sejuk, memang saya dan keluarga akan mendapatkan vaksin (flu vaccine) terlebih dahulu. Ketika tahun pertama saya di sini, seingat saya lebih kurang 3 kali juga saya kena selsema/demam disebabkan tidak biasa dengan cuaca musim sejuk.

Musim Bunga (Spring)
Musim bunga bermula dari Mac hingga April. Suhu ketka musim bunga akan berlegar sekitar 21 hingga 25 darjah Celcius. Kelembapan cuaca akan mula meningkat sehingga boleh mencapai 80%. Suhu ketika musim bunga juga agak susah untuk di jangka dan sentiasa berubah berubah. Contohnya kalau cuaca sedikit sejuk pada hari ini, tetapi ianya boleh menjadi panas sedikit keesokan harinya. Tidak perlu jaket tebal ketika musim bunga, mungkin cukup sekadar membawa jaket nipis jika suhu menurun sedikit pada waktu malam.

Musim Panas (Summer)
Musim panas di sini secara amnya panas, lembab dan tidak menetu. Ia bermula dari bulan May hingga September. Kadangkala hujan dan kadangkala cerah. Suhu semasa musim panas adalah sekitar 26 – 30 darjah Celcius. Jadi anda boleh expect cuaca ketika musim panas adalah lebih kurang sama dengan cuaca di Malaysia sahaja. Nak berjalan jalan di luar mungkin agak tidak selesa sebab akan cepat berpeluh kerana kelembapan yang tinggi. Tapi kalau dah biasa dengan cuaca di Malaysia yang panas dan lembab sepanjang tahun, mungkin tak ada masalah.

Musim Luruh (Autumn)
Musim luruh dikatakan mempunyai cuaca yang tebaik sepanjang tahun di HK. Cuaca nyaman, ianya tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Ianya bermula dari bulan October sehingga awal Disember. Suhu akan berlegar sekitar 20 darjah Celcius. Kelembapan juga akan mula menurun. Jika faktor cuaca menjadi penentu, waktu yang terbaik untuk melawat HK adalah pada penghujung October sehingga awal Disember.

Taufan (Typhhon)
Salah satu yang berkaitan dengan cuaca yang perlu di ambil tahu ialah berkenaan taufan. Selalunya, taufan akan berlaku di antara bulan May sehingga November. Memang penduduk di HK sentiasa peka dengan keadaan cuaca dan apabila taufan menghampiri kawasan HK, amaran akan di keluarkan oleh Jabatan Kaji Cuaca Hong Kong. Terdapat beberapa tahap amaran taufan bergantung kepada tahap bahaya terdiri dari T1 (standby) sehinggalah kepada amaran maksimum T10 (hurrricane). Biasanya apabila amaran dikeluarkan pada tahap T8, kesemua pejabat, kedai dan penerbangan akan dibatalkan. Amaran bahaya taufan selalunya akan di paparkan di televisyen, radio dan juga melalui aplikasi smart phone. Apa yang perlu dilakukan ketika taufan melanda? Nasihat saya, just duduk sahaja di tempat tinggal sama ada rumah atau hotel dan jangan keluar. Bangunan di sini memang di reka bentuk untuk manahan angin kuat dari taufan, so no need to worry so much.

Eiman

Jika ingin membaca kesemua artikel saya mengenai Hong Kong dan tips melancong ke sini, boleh rujuk di pautan ini: Hong Kong

20 responses to “Iklim dan Cuaca di Hong Kong

  1. Salam. Will visit HK bulan Dec (Christmas week). Tgk weather forecast temperature dlm 20-17 degrees. Advisable pakai winter jacket ke? And saya bawak anak2..kalau pakai sweater..takut tak tahan sejuk.

    • Temperature masa time winter ni turun naik…contohnya hari ni dalam 17 ~ 20 celcius. Tapi next week dah drop balik 11 ~ 15 celcius. Sy advise bw jer winter jacket sebagai persediaan. Boleh juga check weather forecast kat hk observatory: http://www.hko.gov.hk/wxinfo/currwx/fnd.htm

      Ini gov website and dia punya forecast mmg accurate. Cumanya weather forecast limit to 9 days only. Anyway, just bw winter jacket lah dtg sini.

    • X semestinya…hk metrology dept selalunya akan bagi forecast paling awal 10 hari sahaja..tapi yg pasti bulan june weather mmg unpredictable. Tapi takderlah hujan setiap hari.

  2. Salam Sy Akan ke hk dlm pertengahan November ni..tgok awak cakap cuaca x panas lg excited Lah..Sy x tahan panas2 nk berjalan..hehehe.. Trip ni Sy pegi sendiri..Ada x kenal atau tau tour guide di sana? Klu ada tlg bagi suggestion. Tq😊

  3. As salam encik..nak tanya jika pegi november perlu ke pakai jacket smua tu..or pakai bju biasa je pun da memadai..

  4. Assalam. Sy dan kluarga akan ke sana february 2017. Ikot forecast penghujung winter n suhu antara 17-21 mcm tu. Perlu ke bawk winter jacket? Atau memadai dgn pakai long sleeve or sweater cmtu? 😊

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s