Qaleesya yang lapar

Time flies so fast!!! Qaleesya sudah pun nak masuk 6 bulan. That means, it is time to give her some solid food. Qaleesya pun sekarang ni dah ada gigi kecil dua batang kat bahagian bawah. Nampak sangat dah tak sabar nak start makan macam orang besar. Kalau Qaleesya dah boleh bercakap, mesti dia dah cakap macam ni, “Mommy, I’m starving!! I need real food please..”

Memang teruja rasanya nak tengok reaksi Qaleesya bila makan untuk pertama kali. Sebelum ini pun, Qaleesya sudah pun menunjukkan tanda tanda yang dia sebenarnya sudah bersedia untuk menerima makanan pejal. Bila bayi dah umur 6 bulan, memang ini lah masa yang ideal untuk mula memperkenalkan makanan pejal kepada bayi. Mengikut pembacaan saya, antara tanda tanda bayi dah bersedia untuk makan adalah seperti berikut:

•Kepala bayi tegak dan tidak bergoyang ketika dalam keadaan badannya tegak.
•Boleh duduk dengan sokongan daripada orang dewasa.
•Berat badannya sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada berat lahirnya.
•Menunjukkan tanda-tanda lapar walaupun telah disusukan lapan hingga sepuluh kali. (Qaleesya memang kuat minum susu, tgk jer lah pipi dia yang bulat tu)
•Menunjukkan minat terhadap makanan yang dimakan oleh orang dewasa.
•Bayi mungkin akan cuba untuk mencapai makanan yang sedang anda makan.
•Tidak menolak dengan lidah atau meluahkan makanan yang disuapkan ke mulutnya.
•Boleh mengunyah dan menelan dengan baik makanan yang disuapkan.
•Bayi boleh memegang makanan dengan tangannya (sekarang ni kalau bagi susu, memang dia nak pegang sendiri botol tu, mungkin x sabar nak cepat besar gamaknya)

Kalau ikut orang dulu dulu, umur bayi 3-4 bulan diorang dah start bagi makanan pejal. Tapi kalau ikut nasihat doktor, selok eloknya bila bayi berumur 6 bulan dan keatas, barulah dibenarkan untuk memperkenalkan makanan pejal kepada bayi. Kerana pada umur ini, barulah sistem penghadaman bayi bersedia untuk meneruma makanan pejal bagi mengelakkan masalah alahan atau makanan tidak hadam.

Untuk makanan pertama Qaleesya, saya dan isteri memberi Qaleesya makan biskut yang dibancuh dengan susu. Masa sy dan keluarga pulang ke KL 2 minggu lepas, memang kami ada beli sekali stock makanan makanan bayi untuk Qaleesya. Ketika makanan disuap ke mulut Qaleesya, memang dia nampak berselera sekali, samapaikan sudu yang sy pegang pun dia nak pegang sendiri. Nampaknya, Qaleesya memang jenis kuat makan kot, tak sama macam abangnya yang memilih dan memang susah nak makan.
DSC_0149

DSC_0158

DSC_0155

DSC_0152

DSC_0147

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s