HK International Airport

Today is second day of Christmas. Hanya beberapa pekerja sahaja berada di dalam office saya hari ini sebab kebanyakannya masih lagi bercuti. Cuti Christmas tahun ni agak panjang dan ramai rakan sekerja saya pulang ke tanah air masing-masing. Tahun ni giliran saya untuk standby duty semasa perayaan Christmas. So far so good, tak banyak flight yang bermasalah.  Time cuti perayaan seperti ini, airport di HK memang sangat sibuk dan banyak sekali penumpang yang ingin keluar dari HK ataupun yang datang ke sini untuk melancong atau melawat keluarga.

 DSC_0013

HK International Airport.

Kalau nak bandingkan antara HK International Aiport (HKIA) dan KL International Airport (KLIA), ternyata HKIA lebih sibuk,  besar dari segi saiz dan sistemnya mungkin lebih efisien. Mengikut Skytrax Award baru baru ini, HKIA mendapat tempat keempat sebagai airport  terbaik dunia dibelakang Changi, Incheon dan Amsterdam Airport. Bagaimana dengan KLIA? KLIA tidak termasuk pun dalam senarai 10 airport terbaik dunia. Dulu KLIA pernah menjadi airport terbaik dunia, tetapi kini mungkin kerana banyak airport airport baru dan lebih canggih muncul, KLIA nampaknya sedikit terkebelakang.

Terdapat dua terminal di HKIA iaitu Terminal 1 dan Terminal 2. Terminal 1 dikhaskan untuk syarikat penerbangan premium manakala Terminal 2 pula adalah untuk syarikat penerbangan tambang murah. Contohnya, penerbangan dengan Cathay Pacific Airways dan Malaysia Airline adalah di Terminal 1, manakala penerbangan dengan Air Asia adalah di Terminal 2.  Namun begitu, Terminal 1 dan Terminal 2 adalah di dalam bangunan yang sama dan dihubungi dengan laluan pejalan kaki bertutup.

 DSC_0021

Makanan Halal

Terdapat restoran halal disediakan di HK Airport untuk pengunjung Muslim. Salah satunya ialah restoran makanan segera Popeye Chicken and Biscuits.  Restoran ini terletak di 2 lokasi di Terminal 1, salah satunya ialah di kawasan kaunter daftar masuk E (berdekatan dengan kedai elektronic Fortress). Satu lagi lokasi berdekatan kawasan food court selepas melalui pemeriksaan immigresyen di Terminal 1, berdekatan dengan McDonalds.

Update: Restoran Popeye di kawasan luar sebelum imigresyen berdekatan kaunter daftar masuk E telah ditutup. Yang tinggal hanya di dalam restricted area, selepas kalawalan imigresyen. Harap maklum.

DSC_0003

Satu lagi tempat untuk makanan halal ialah di Regala Café & Dessert Bar di Hotel Regal Airport. Hotel ini terletak tidak jauh dan bersebelahan sahaja dengan HKIA. Untuk sampai ke hotel ini, pengunjung boleh berjalan di laluan bertutup di hujung tingkat 5. Restoran Regala Café & Dessert Bar ini juga ada menyediakan hidangan secara buffet (Curry Lunch Buffet with Organic Salad Bar) setiap Isnin hingga Khamis dari pukul 12:00 – 3:00 ptg. Selain buffet, boleh juga untuk mendafatkan hidangan secara ala carte di sini. Oleh kerana restoran ini adalah kepunyaan hotel, harga makanan mungkin agak mahal sedikit.

Senarai lengkap untuk makanan halal di Hong Kong adalah seperti di bawah:

Makanan Halal Hong Kong

 25281_3 25281_1

Tempat Solat

Bagi pengunjung muslim, terdapat 2 tempat untuk bersolat di HK Airport seperti berikut.

Terminal 1: Tingkat 7 kawasan daftar masuk (berdekatan dekat Aisle A).

Terminal 2: Tingkat 5 kawasan daftar masuk (berdekatan dengan Aisle N)

Sebenarnya bilik ini bukannya khas untuk penganut Islam sahaja, tetapi juga ia adalah merupakan multi faith prayer room. Namun begitu, selalunya ianya digunakan oleh pengunjung atau pekerja airport yang beragama Islam untuk bersolat. Tempat untuk wuduk, arah kiblat dan sejadah juga disediakan.

 DSC_0005

 Pengangkutan

Terdapat terminal bas di HKIA yang terletak di Terminal 2 dimana pengunjung boleh menaiki bas dari airport ke tempat tempat lain di Hong Kong. Selain itu, pengunjung juga boleh menaiki tren Airport Express untuk ke pusat bandar. Tren ini akan  berhenti di stesyen Tsing Yi dan juga stesyen Hong Kong. Jika menaiki Airport Express, perjalanan akan mengambil masa selama 24 minit untuk sampai ke stesyen Hong Kong. Adalah lebih elok untuk membeli dahulu kad Octopus jika ingin menaiki tren atau bas. Ini kerana kad Octopus boleh digunakan di banyak tempat, bukan untuk tambang sahaja. Rujuk di sini untuk maklumat mengenai kad Octopus dan sistem pengangkutan awam di HK.

Selain itu, alternatif lain adalah dengan menaiki teksi. Stesyen teksi juga terletak di terminal 2 dan terdapat 3 jenis teksi di Hong Kong iaitu:

Teksi Merah – menghubungkan HK airport ke kawasan Hong Kong Island & Kowloon. Kebanyakan hotel hotel terletak di kawasan Kowloon atau di HK island, oleh yang demikian kebanyakan pengunjung akan menaiki teksi yang berwarna merah.

Teksi Hijau – teksi hanya pergi pergi ke kawasan New Territory sahaja

Teksi Biru – teksi ini hanya pergi ke kawasan Lantau Island sahaja termasuk Tung Chung dan Disneyland. Oleh kerana teksi ini tidak banyak, pengunjung juga boleh menaiki teksi merah untuk ke Tung Chung dan Disneyland tetapi perlu memberitau pengawal teksi yang bertugas di kaunter terlebih dahulu.

Taxi-Nissan-Red

Kalau berada berada di kawasan Tung Chung/ Citygate/Hk Disneyland atau HK International Airport, boleh juga tempah makanan halal delivery di sini: Halal Food Delivery

Jika ingin membaca kesemua artikel saya mengenai Hong Kong dan tips melancong ke sini, boleh rujuk di pautan ini: Hong Kong

10 responses to “HK International Airport

  1. Pingback: Makanan Halal di Hong Kong | MudaBahaya·

  2. Pingback: Citygate Outlet – Tung Chung | MudaBahaya·

  3. salam,
    berkenaan dgn taxi, saya dan family, 3 adult, 3 kids, bolehkan menaiki taxi 5 seats? atau adakah mpv/van taxi yg boelh dinaiki utk family saya? TQ.

    • Salam..taxi kat hk ni standard size 5 seater..just to remind yang 5 seats tu termasuk driver..so basically boleh muat 4 penumpang saja..3 kat belakang 1 kat depan.
      3 adults n 3 kids memang x muat masuk utk 1 taxi biasa..jadi sama ada ambil 2 taxi ataupun kalau nak mpv/van yg lebih besar kena tempah private airport transfer lah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s