[Penerbangan] Kilat & Pesawat

Kebanyakan pesawat komersial moden mempunyai sistem radar cuaca didalamnya. Dengan adanya sistem ini, juruterbang akan dapat mengenalpasti cuaca buruk yang berada di laluan penerbangan di hadapan dan seterusnya mengambil laluan alternatif untuk mengelak dari kawasan cuaca buruk tersebut. Namun kadangkala, pesawat juga tidak dapat mengelak dari cuaca buruk mungkin salah satunya kerana juruterbang tidak mempunyai cukup masa untuk terbang ke laluan alternatif.

Secara purata, sesebuah pesawat akan mengalami keadaan dipanah kilat sekali bagi setiap 3,000 jam penerbangan. Fakta juga menunjukkan pesawat yang terbang di laluan yang dekat/sederhana akan mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk dipanah kilat berbanding pesawat yang beroperasi dilaluan yang jauh. Setiap panahan kilat mempunyai sebanyak 1 juta volts atau 30,000 amp arus elektrik. Oleh yang demikian, tentu sekali ada yang tertanya tanya adakah panahan kilat ke atas pesawat memberi kesan ke atas keselamatan pesawat dan juga penumpang penumpang?

lightning-aircraft-au-in

Ketika panahan kilat ke atas pesawat berlaku, penumpang-penumpang mungkin akan melihat cahaya kilat dan mendengar bunyi petir yang kuat. Namun begitu secara amnya panahan kilat ke atas pesawat tidak memberi kesan yang ketara ke atas keselamatan pesawat dan juga penumpang-penumpang. Ini kerana, semasa pesawat moden di bina, ianya akan melalui pemeriksaan yang amat ketat dan terperinci sebelumnnya ianya dibenarkan berada di dalam perkhidmatan penerbangan. Panahan kilat mungkin akan menyebabkan lubang kecil atau kesan terbakar yang kecil pada badan pesawat, tetapi ianya tidak akan memberi kesan terhadap keupayaan terbang pesawat.

Kebanyakan badan pesawat dibuat oleh bahan aluminium yang mana bahan ini merupakan pengalir elektrik yang baik. Semasa proses pembuatan, badan pesawat akan dipastikan bahawa tiada ruangan di antara laluan aliran elektrik, dan ini menyebabkan arus elektrik oleh kilat hanya akan berada di luar badan pesawat sahaja. Badan pesawat yang lebih moden seperti Boeing 787 dan Airbus A350 juga dibuat dengan bahan komposit dimana ianya merupakan bahan yang sifatnya kurang mengalirkan elektrik. Sebahagian lapisan bahan komposit luar ini juga dibuat dengan bahan fiber pengalir elektrik untuk memastikan ianya dapat mengalirkan elektrik dari kilat di lapisan luar badan pesawat.

Begitu juga dengan wayar wayar dan juga komputer komputer di dalam pesawat. Pembuat komponen bagi pesawat juga perlu memastikan bahawa sesebuah komponen itu mampu dan memastikan tiada arus berlebihan yang akan menyebabkan kerosakan kepada komponen komponen penting di dalam pesawat jika panahan kilat berlaku. Salah satu lagi sistem yang penting ialah tangki minyak pesawat. Dengan hanya sedikit percikan api didalam tangki minyak, pastinya kecelakaan akan berlaku. Oleh yang demikian , struktur tangki minyak perlu sangat kuat dan cukup tebal untuk menahan dari kesan terbakar panahan kilat untuk masuk ke dalam. Kesemua paip minyak juga dipastikan terlindung dari panahan kilat. Tambahan pula sekarang ini, kebanyakan pesawat menggunakan minyak baru yang lebih selamat dimana wap-wap minyaknya lebih kurang bersifat terbakar dan ini akan melindungi dari letupan jika ada percikan api di dalam tangki pesawat.

Jika berminat untuk membaca semua artikel saya berkenaan kejuruteraan dan penerbangan, sila klik di pautan ini: Engineering & Aviation

2 responses to “[Penerbangan] Kilat & Pesawat

  1. I think u just miss some very important point about lighting strike.during lighting strike not just the distribution of the current thru the body of the aircraft important.the dissipation of the lighting strike current thru the static discharger is also important,that ensure your aircraft will not catch fire .

  2. That is true…although the main purpose of lightning discharge wicks are to discharge static electricity buildup due to friction between air and aircraft surfaces (aileron, wing tip, rudder, etc..). But lightning strike also can induce static electricity as well. These static wicks will help to dissipate the electricity into the air and protect the communications or electrical equipment from burning.
    Thanks for your comment šŸ™‚

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s