Pameran Dinosour, HK Science Museum

Dinosour is coming to town!!! Kali ini saya nak share tentang lawatan sy ke Muzium Sains Hong Kong dimana sekarang ini muzium ini sedang mengadakan pameran galeri berkenaan tentang dinosour. Terletak di Tsim Sha Tsui, harga tiket untuk dewasa adalah sebanyak HKD20 dan untuk kanak kanak hanya HKD10. Sebenarnya saya sendiri bukanlah peminat muzium, tetapi memandangkan pameran ini jarang berlaku dan juga mungkin satu aktiviti berfaedah untuk anak sy Eiman mengenal sains, jadi saya dan keluarga pergi juga melawat ke sana pada Sabtu lepas.

Pameran galeri ini meliputi 2,500 meter per segi kawasan  dengan bahan pameran lebih dari 190 barangan berkenaan dinosour. Separuh dari bahan pameran tersebut adalah rangka rangka dinosour dan juga telur telunya. Di samping bahan bahan fosil dinosour, galeri ini juga menyediakan permainan permainan interaktif yang berkenaan dengan dinosour. Salah satu informasi menarik adalah berkenaan dengan teori pupusnya dinosour. Para sainstis percaya bahawa kepupusan dinosour adalah disebabkan oleh asteroid besar (10 km lebar) melanggar bumi di Teluk Mexico. Selepas pelanggaran, ia menyebabkan kebakaran hutan, gelombang besar, ribut teruk, debu debu yang sangat teruk sehingga cahaya matahari tidak kelihatan lagi. Dikatakan bahawa ia mengambil masa sehingga 6 bulan lamanya sehingga cahaya matahari dapat di lihat semula. Oleh yang demikian, dinosour dinosour tidak boleh bertahan dan hidup dalam keadaan cuaca sebegini dan akhirnnya mati dan pupus semuanya secara serentak. Hanya binatang binatang mamalia yang kecil sahaja dapat terus bertahan dalam cuaca yang teruk itu sehingga ke hari ini.

Pada mulanya Eiman sangat takut untuk datang melihat dinosour kerana dia ingat dinosour itu sebenarnya benar benar wujud. Tapi selepas melihats sendiri, dia nampak teruja dan tak habis habis bertanya kenapa semua dinosour telah mati. Terpaksalah kami terangkan dengan bahasa yang mudah untuk bagi dia faham. Susah juga nak terangkan tentang sains untuk budak budak kecil faham sebenarnya.

DSC_0070 (2) DSC_0074 (2) DSC_0083 (2) DSC_0085 (2) DSC_0089 (2) DSC_0097 (2) DSC_0097 (2)-2 DSC_0104 (2) DSC_0106 (2) DSC_0120 (2) DSC_0134 (2) DSC_0136 DSC_0139 (2) DSC_0149 (2) DSC_0154 (2) DSC_0171 (2) DSC_0181 (2)

One response to “Pameran Dinosour, HK Science Museum

  1. Pingback: Restoran Ma, Tsim Sha Tsui | MudaBahaya·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s