Restoran Ma, Tsim Sha Tsui

Makanan halal Xinjiang. Sebelum ini, saya ada post berkenaan Restoran Ma yang terletak di Prince Edward. Sila rujuk di sini untuk lebih lanjut. Baru baru ini, saya baru sahaja mencuba di sebuah lagi cawangan Restoran Ma yang terlatak di Tsim Sha Tsui. Sebenarnya sy diberitahu oleh pemilik kedai di Prince Edward yang mereka juga ada membuka satu cawangan baru di kawasan Tsim Sha Tsui. Memandangkan sy berada di kawasan Tsim Sha Tsui untuk pergi melawat pameran dinosour, sy mengambil kesempatan untuk mencari restoran baru ini. Alamat restoran ini adalah seperti berikut:

H8, 8F, Hau Fook Street Tsim Sha Tsui.

Jika anda berada di Tsim Sha Tsui, jarak restoran ini dari Masjid Kowloon adalah tidak jauh, lebih kurang 400 meter sahaja (5 minit jalan kaki). Lokasi restoran ini ialah di sebuah bangunan bernama H8, dan anda perlu naik ke tingkat 8. Landmark yang terdekat untuk mencari bangunan H8 ini adalah ianya bersebelahan dengan Tsim Sha Tsui Baptist Church.

Sebenarnya menu makanan yang disediakan adalah sama seperti di cawangan Prince Edward.  Dari segi rasa, sy rasa mutton curry di sini better sedikit dari di cawangan Prince Edward, mungkin kerana lebih pedas. Oleh kerana kedai ini baru dibuka, tempatnya tidak sesak dan hiasan kedai ini lebih cantik. Sememangya kawasan Tsim Sha Tsui mempunyai banyak kedai kedai halal, tetapi kebanyakan restoran menyediakan makanan ala middle east atau pakistan/india. Jika rasanya sudah muak dengan kari atau nasi beriani, atau ingin mencuba rasa makanan Cina Xinjiang ketika berada di Hong Kong, bolehlah singgah ke restoran ini.

P/S:  Saya dah blacklist restoran ni dari favourite restoran sy.  Nak tahu kenapa, boleh baca kat sini: Bad & Rude Staff @  Ma’s Restaurant.

DSC_0058 (2)

Bangunan H8

DSC_0052 (2)

DSC_0048 (2)

Restoran Ma Prince Edward

DSC_0043 (2)

DSC_0023

Shanghai Thick Fried Noodle

DSC_0034

Beef Cake

DSC_0018

Mutton Curry

DSC_0014

Beef Brisket Soup Noodle

DSC_0005

Jika ingin membaca kesemua artikel saya mengenai Hong Kong dan tips melancong ke sini, boleh rujuk di pautan ini: Hong Kong

8 responses to “Restoran Ma, Tsim Sha Tsui

  1. Pingback: Avenue of Stars – TST | MudaBahaya·

    • Standard harga kat HK mmg agak mahal berbanding harga makanan di Malaysia. Kalau utk dua org makan, selalunya harganya lebih kurang HKD 200. Tetapi kalau dtg makan tgh hari, diorang akan ada sediakan set menu. x ingat berapa harganya, tetapi lebih jimat kalau order set menu.

  2. Pingback: Hung Chinese Restaurant – Chungking Mansion | MudaBahaya·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s