Restoran Ma, Prince Edward

Kebetulan saya dan keluarga di Prince Edward pada Sabtu lepas, jadi untuk makan tengah hari saya menjamu selera di sebuah restoran makanan Cina Islam. yang ada di sekitar kawasan ini. Restoran Ma yang terletak di Prince Edward ialah merupakan restoran yang menyediakan makanan Cina Xinjiang. Restoran ini telah pun bertapak di HK berdekad lamanya dan masih kekal sehingga kini. Untuk pemgetahuan, “Ma” adalah singkatan bagi Mohammad dalam bahasa Cina dan nama “Ma” banyak digunakan oleh penduduk Cina yang beragama Islam di sini.

Untuk sampai ke restoran ini, cara yang paling mudah adalah dengan menaiki MTR. Stesyen yang terdekat adalah Prince Edward di laluan Tsuen Wan line yang berwarna merah. Sampai sahaja di Stesyen Prince Edward, keluar ke Exit A dan teruskan ke kanan berjalan melalui Nathan Road sehingga sampai ke Cheung Sha Wan Road. Jarak antara stesyen MTR Prince Edward ke restoran ini lebih kurang 300 meter iaitu selama 4 minit jika berjalan kaki. Jika berada di Ladies Market di Mongkok, boleh juga berjalan kaki ke restoran ini dimana jaraknya ialah lebih kurang 1.1 km (14 minit dengan berjalan kaki). Ataupun cara yang lebih mudah, naik sahaja teksi untuk ke restoran ini ke alamat berikut:
M’as Restaurant, G/F, 21-25 Cheung Sha Wan Road, Sham Shui Po.

Pada kali ini kami hanya memilih makanan yang simple sahaja untuk makan tengah hari, Gambar berikut merupakan menu kami pada hari itu.Disini juga menyediakan dim sum (semestinya halal) kalau ingin mencuba. Jika ingin sesuatu yang value for money, boleh datang pada jam 11:30 hingga 17:30 ke restoran ini kerana mereka menyediakan menu pakej termasuk minuman yang lebih murah (lebih kurang HKD30-HKD40 untuk setiap menu). Jika ingin mencuba makanan Cina yang halal ketika di HK, boleh cuba untuk merasa makanan Cina Xinjiang di sini.

DSC_0038

DSC_0023 DSC_0026 DSC_0028 DSC_0032 DSC_0035

Jika ingin membaca kesemua artikel saya mengenai Hong Kong dan tips melancong ke sini, boleh rujuk di pautan ini: Hong Kong

One response to “Restoran Ma, Prince Edward

  1. Pingback: Restoran Ma, Tsim Sha Tsui | MudaBahaya·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s