London and the Bridge

Perjalanan saya ke London adalah atas urusan kerja. Saya telah ditugaskan untuk menjalani latihan di Boeing Flight Training Center di Gatwick, London. Duduk di dalam pesawat selama 13 jam sememangnya jemu dan memenatkan. Penerbangan saya pada hari itu berlepas pada tengah malam dan mendarat kira kira jam 5:00 pagi di Heathrow International Airport. Sampai di Heathrow, saya masih lagi perlu meneruskan perjalanan ke Gatwick pula. Tempat latihan dan juga hotel saya terletak di Gatwick yang mana ia berada kira kira 45 km dari Heathrow Airport. Saya memilih untuk menaiki bas sahaja untuk ke sana dengan perjalanan selama 1 jam.

Kursus kali ini melibatkan ramai lagi jurutera dari syarikat penerbangan lain juga seperti Qantas Australia, Lufthansa Jerman, Virgin Blue Australia, Al El Israel dan sebagainya. Kursus ini mengambil masa selama 2 minggu dan pegawai latihan adalah seorang jurutera dari Boeing yang beroperasi di Seattle, AS. Disamping menghadiri kursus di sini, saya sempat mengambil kesempatan untuk melihat lihat kota London ketika cuti hari minggu dan antara tempat tempat menarik yang saya kunjungi adalah:-

London Tower
Menara London yang terletak di pusat London merupakan peninggalan sejarah dan yang telah berkhidmat untuk keluarga raja selama ratusan tahun lamanya. Menara ini juga merupakan rumah bagi mahkota kerajaan. Menara ini dibuka dari hari Selasa sehingga Sabtu mulai pukul 10.00-18.00 dengan tiket masuk berharga 17 Euro.

Tower Bridge
Sebuah struktur dan kawasan yang paling menjadi tumpuan di ibukota, Tower Bridge di London telah dibina di Sungai Thames sejak 1894 dan merupakan salah satu landmark yang paling dikenal di dunia. Di sini, anda boleh melihat bagaimana mekanisme jambatan terkenal ini dan mengetahui tentang teknologi yang digunakan selama bertahun-tahun untuk menjaga Tower Bridge. Anda boleh mengunjungi tempat ini setiap hari mulai dari pukul 10.00-18.30 dengan bayaran 7 Euro.

St Paul Cathedral
Merupakan hasil usaha terbesar dari Sir Cristhopen Wren dan dibina selepas 1666 Great’s Fire of London.
Bangunan ini juga merupakan ikon dan mendominasi pemandangan langit kota London. Katedral ini buka dari hari Isnin sehingga Sabtu mulai pukul 08.30-17.00 dengan tiket masuk 12.5 Euro.

Big Ben
Big Ben sejak lama telah menjadi ikon kota london. Sebuah menara jam besar yang berada di hujung Utara Istana Westminster di London ini merupakan menara jam tertinggi ketiga di dunia. Jika anda ke London, anda semestinya tidah mahu melepaskan peluang melihat jam yang mulai berdetik pada 31 Mei 1859 ini. Di waktu malam, pemandangan menara setinggi 96,3 meter ini akan semakin indah kerana dihiasi lampu-lampu kuning keemasan dari Istana Westminster. Big Ben pernah menjadi menara jam terbesar di dunia namun kemudian dikalahkan menara jam Allen-Bradley di Milwaukee, Wisconsin, AS.

Trafalgar Square
Trafalgar Square ini merupakan tugu yang dibangunkan pada 1843 sebagai memperingati kemenangan pasukan Angkatan Laut Inggeris di bawah Laksamana Horatio Lord Nelson ke atas armada Perancis dalam pertempuran Trafalgar 21 Oktober 1805. Monumen ini berada tidak jauh dari Museum Sejarah London.
Monumen Trafalgar Square setinggi 52 meter itu berdiri tegak di tengah dataran. Dsitu juga terdapat patung 4 ekor singa yang menjaga monumen ini

251561_2028818649887_2064140_n 251383_2028823570010_4995187_n 249793_2028827410106_1512423_n 248825_2028817689863_8318515_n 248510_2028812009721_4226194_n 247512_2028825210051_7199026_n 254459_2028831010196_1282225_n

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s