Inspiration Lake – Penny Bay

Inspiration Lake yang terletak di Penny Bay ini merupakan tasik buatan seluas 12 hektar. Di buka pada 16 Ogos 2005, ianya di bina sebagai sebahagian dari Hong Kong Disneyland Resort dan juga berfungsi untuk tujuan rekreasi dan juga pengairan tanaman. Ianya di buka setiap hari dari pukul 09:00 hingga 19:00. Masuk adalah percuma.

Tasik ini terletak tidak jauh dengan HK Disneyland. Jaraknya hanaya 15 minit dengan berjalan kaki dari stesyen MTR Disneyland. Ataupun jika tidak mahu berjalan, boleh juga menaiki bas sebagai alternatif. Di stesyen bas Disneyland Resort (bersebelahan dengan stesyen MTR), bas bernombor R8 disediakan untuk sampai ke tasik ini. Oleh kerana cuaca adalah bagus, kami membeuat keputusan untuk berjalan kaki sahaja ke sini.

Di tasik ini disediakan kemudahan kemudahan yang lengkap termasuk taman permainan, laluan jogging, tandas, kedai serbaneka, tempat mandi dan sebagainya. Terdapat juga kemudahan untuk menyewa bot dan juga basikal. Pemandangan di sini juga cantik, bersih serta di jaga rapi oleh pihak pengurusan. Ramai pelawat terutamanya penduduk setempat datang ke sini untuk berkelah, mengambil gambar kahwin serta ramai juga pelajar pelajar datang untuk gambar graduasi.

Nampaknya Eiman sanagat seronok dapat bermain di taman permainan dan Qaleesya juga gembira dapat bersiar siar melihat tasik.

DSC_0045 DSC_0046 DSC_0055 DSC_0059 DSC_0064 DSC_0079 DSC_0084 DSC_0088 DSC_0094 DSC_0102 DSC_0121 DSC_0122 DSC_0132 DSC_0137 DSC_0153  DSC_0173    DSC_0199 DSC_0203  DSC_0223 DSC_0232 DSC_0243

Jika ingin membaca kesemua artikel saya mengenai Hong Kong dan tips melancong ke sini, boleh rujuk di pautan ini: Hong Kong

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s