Macau – the Las Vegas Asia

Macau hanyalah terletak bersebelahan dgn Hong Kong dan menggunakan pengangkutan feri ke Macau adalah pilihan yang paling popular dan ekonomi. Terdapat dua terminal feri di Hong Kong iaitu di Sheung Wan dan satu lagi ialah di Tsim Sha Tsui. Syarikat First Ferry beroperasi di Tsim Sha Tsui manakala di Sheung Wan pula, ianya dikendalikan oleh syarikat Turbojet.

Frekuensi bagi feri Turbojet di Sheung Wan adalah setiap 15 minit dan ianya beroperasi dari pukul 7:00 pagi hingga pukul 12:00 tgh malam. Manakala dari Tsim Sha Tsui pula, First Ferry beroperasi dari jam 7:00 hingga 12:00 tgh malam dengan frekuensi setiap 30 minit. Tempoh perjalanan menaiki feri dari Hong Kong ke Macau adalah selama 60-75 minit, tetapi ianya juga bergantung kepada keadaan laut.

Tiket tiket boleh dibeli di terminal terminal feri tersebut. Untuk kos, tambang sehala bagi kelas ekonomi adalah seperti berikut:

Turbojet –
Hari bekerja: HK$ 159 (Hong- Macau), HK$148 (Macau – Hong Kong)
Hari Minggu dan cuti umum: HK$ 172 (Hong- Macau, HK$161 (Macau – Hong Kong)

First Ferry –
Hari bekerja: HK$ 151 (Hong- Macau, HK$139 (Macau – Hong Kong)
Hari Minggu dan cuti umum: HK$ 166 (Hong- Macau), HK$154 (Macau – Hong Kong)

Visa tidak diperlukan bagi pelancong dari Malaysia. Cuma perlu diingatkan untuk pastikan paspot masih lagi sah dan tidak tamat tempoh sekurang kurangya 6 bulan dari tarikh untuk masuk ke Macau. Untuk melalui proses immigration, kad immigration perlu diisi dan selalunya, kad ini akand diedarkan ketika dalam perjalanan menaiki feri. Untuk memudahkan proses, sila isi terlebih dulu kad immigration ini sebelum tiba di immigration Macau.

Matawang yang digunakan di Macau ialah Macau Pataca. Jika anda datang dari Hong Kong dan mempunyai matawang HK dollar, tidak perlu untuk menukar ke matawang Macau. Ini kerana, kebanyakan teksi, restoran dan kedai kedai akan menerima matawang HKD di Macau. Matawang Macau ditambat dengan matawang HK dollar dan nilainya adalah sama. Cumanya, jika kita membeli di kedai dan membayar dalam matawang HK$, baki duit akan diberi dengan matawang macau dan bukan HK$.

Antara tempat tempat menarik di Macau yang boleh di kunjungi adalah Venetian Macau, runtuhan St Paul, Senado Square,Macau Tower dan Macau Fisherman Wharf. Kasino kasino dan hotel hotel menyediakan pengangkutan bas percuma di Macau. Oleh yang demikian, anda boleh menaiki bas bas ini untuk pergi ke tempat tempat menarik yang disebutkan tadi secara percuma. Cuma perlu tahu hotel atau kasino terdekat dengan tempat menarik tersebut dan boleh mengunnakan bas percuma yang disediakan.

Bilangan penduduk Islam di Macau sangat sedikit. Jadi agak sukar untuk mencari makanan halal di Macau jika hendak dibandingkan dengan Hong Kong. Antara restoran halal yang ada di sini adalah taste of India dan juga Red Chili. Anda boleh rujuk pautan di bawah. Restoran ini menyediakan makanan masakan india seperti nasi beriani, roti nan, masala dan sebagainya.

Taste of India

DSC_0004 DSC_0030  DSC_0035 DSC_0041 DSC_0072 DSC_0086 DSC_0088 DSC_0089 DSC_0103 DSC_0110 DSC_0115 DSC_0120 DSC_0121 DSC_0124 DSC_0132 DSC_0179 DSC_0205 DSC_0207 DSC_0227 DSC_0242 DSC_0269 DSC_0270 DSC_0280 DSC_0284 DSC_0295 DSC_0302

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s