Guangzhao – Wholesale City

Memilih jenis pengangkutan untuk pergi ke Guangzhao adalah bergantung kepada berapa banyak masa yang anda anda. Cara yang paling cepat adalah dengan menaiki tren secara terus ke Guangzhao. Tren akan berlepas dari stesyen Hung Hom di Hong Kong dan tiba ke Guangzhao East Railway Station di Guangzhao. Perjalanan menggunakan tren akan mengambil masa selama 2 jam. Tambang untuk tren satu hala ke Guangzhao adalah lebih kurang HK$190 ke HK$230.

Selain itu, kita juga boleh menaiki bas untuk ke Guangzhao sebagai pilihan yang lain. Di Hong Kong, ada beberapa terminal bas yang menyediakan perkhidmatan bas untuk ke Guangzhao antaranya di Austin Road atau Canton Road berdekatan Kowloon Park. Harga tambang bagi menaiki bas untuk ke Guangzhao adalh sebanyak HK$100. Sememangnya tambang bas adalah lebih murah berbanding dengan tren, tetapi perjalanan dengan menaiki bas mengambil masa sekurang-kurangnya 3 jam atau lebih, bergantung kepada keadaan trafik. Terpulang kepada jadual masing masing sama ada memilih untuk menaiki bas atau tren. Perlu juga diingatkan bahawa masa juga perlu disediakan untuk urusan immigration dan kastam kerana anda perlu beratur dan proses ini juga mungkin mengambil masa sejam atau lebih.

Guangzhao atau Canton merupakan ibu kota kepada wilayah Guangdong. Ia merupakan bandar ketiga terbesar selepas Beijing dan Shanghai dengan populasi penduduk sebanyak 12 juta orang. Dibuka pada 214 sebelum masihi, Bandar ini telah pesat membangun terutamanya dengan rancaknya aktiviti perdagangan. Kebanyakan pelawat yang datang ke sini adalah untuk mebeli belah dan juga membeli barang secara pukal oleh pemborong pemborong.

Secara ringkasnya, tempat tempat yang sempat saya kunjungi ketika berkunjung ke Guanzhao adalah seperti berikut:

Beijing Lu- Ini ialah tempat membeli belah untuk pelancong pelancong. Terdapat banyak kedai kedai dan juga pusat membeli belah yang menjual baju, kasut, jaket, barangan kulit dan sebagainya. Dibuka dari pukul 9:00 pagi hingga 10 malam.

Hi Yin Textile Wholesle Market – Beratus-ratus pilihan kain boleh dibeli secara borong dan murah di sini termasuk cotton, sutera china, sutera korea, kaften dan lain-lain lagi

Baiyun Leather Market – mempunyai 4 tingkat plaza dan beratus-ratus unit lot kedai. Terkenal dengan berbagai produk barangan kulit berjenama seperti LV, Burbery London, Hermes, Mont Blanc, Gucci. Ramai pelawat terutama dari Asia barat dan Afrika datang membeli-belah di sini kerana kualiti bag kulit berjenamanya adalah terbaik dari segi pembuatannya. Harga adalah berlainan mengikut kualiti dan mestilah menawar dengan bijak. Pembelian secara borong adalah digalakkan kerana harga adalah jauh lebih murah.

Plaza Zhang Xi Lu – yang menjual pelbagai pakaian moden, jam tangan dan kasut sebelum ke plaza beg tangan. Di sinilah, pelbagai barangan berjenama mewah tiruan gred tinggi boleh didapati dengan harga yang murah. Harga barangan tempat ini lebih murah dari Beijing Lu tapi perlu bijak untuk tawar menawar.

DSC_0103 DSC_0105 DSC_0106 DSC_0106b DSC_0128 DSC_0132 DSC_0136 DSC_0138 DSC_0140 DSC_0146 DSC_0153 DSC_0159 DSC_0181 DSC_0190 DSC_0196

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s