Shenzhen & Windows of The World

Cara terbaik untuk pergi ke Shenzhen dari Hong Kong adalah dengan menaiki tren MTR. Stesyen pertukaran untuk ke Shen Zhen adalah di stesyen Hung Hom di West Rail Line yang berwarna ungu. Sampai sahaja di Hung Hom, anda perlu tukar ke East Rail Line (yang berwarna biru muda). Pastikan anda menaiki tren ke LoWu kerana terdapat dua destinasi berlainan bagi tren East rail Line ini iaitu LoWu dan Lok Ma Chau yang mana kedua duanya adalah di Shenzhen. LoWu adalah sempadan antara Hong Kong dan China dan anda perlu melepasi pemeriksaan immigration dan kastam di sini (Hong Kong dan China adalah dua Negara berbeza). Perjalanan ke sempadan LoWu/Shenzhen dengan menaiki tren adalah mengambil masa 50 minit dan tambang tiket adalah sekitar HK$36.50.

Bagi sesiapa yang tidak tahu, perlu diingatkan bahawa untuk ke Shenzhen/China, anda mesti mempunyai visa. Jika anda manaiki pesawat ke Shenzhen, kemudian datang melawat Hong Kong dan seterusnya masuk balik ke Shenzhen, anda perlu ada double entry visa. Kerana kes seperti pernah berlaku kepada rakan saya sendiri di mana beliau manaiki pesawat Air Asia untuk ke Shenzhen. kemudian beliau masuk melawat Hong Kong dan apabila mahu pulang ke KL semula melalui Shenzhen, barulah dia sedar yang dia mempunyai masalah kerana dia hanya mempunyai one-entry visa sahaja ke China. Itu pun setelah saya yang beritahu.

Namun begitu, di sempadan LoWu ada juga menyediakan khidmat visa ekspres untuk ke Shenzhen. Visa ini hanya sah untuk ke Shenzhen sahaja dan tidak sah untuk melawat ke bahagian lain di China. Visa ini juga hanya disediakan untuk warganegara tertentu sahaja dan tertakluk kepada budi bicara pegawai immigration. Selain itu, peraturan untuk mendapatkan visa ini kerap berubah mengikut masa dan keadaan. Jadi nasihat saya, lebih baik untuk kita mendapatkan visa lebih awal di kedutaan China di Malaysia untuk mengelakkan sebarang masalah.

Kebanyakan pelancong datang ke Shenzhen adalah untuk membeli belah. Terdapat dua kawasan yang biasa dikunjungi untuk membeli belah, salah satunya ialah di LuoHu Commercial Center. Ianya cuma terletak berdekatan di sempadan LoWu sahaja. Anda boleh cari pelbagai produk seperti beg tangan, jam, baju, kain, barangan sukan dan lain lain di sini. Yang paling penting, anda perlu pandai tawar menawar dengan penjual.

Satu lagi tempat untuk membeli belah ialah di Dongmen. Tempat ini lebih baik daripada segi harga dan pilihan berbanding LuoHu. Harganya lebih murah dan kebanyakan penduduk setempat membeli belah di sini. Untuk ke sini, anda boleh menaiki tren atau teksi. Jika menaiki tren metro, stesyen yang terdekat adalah Lao Jie dan anda boleh keluar di Exit A untuk sampai ke sini. Ataupun naik teksi sahaja kerana tambang teksi di Shenzhen adalah agak murah. Boleh rujuk kepada artikel saya mengenai Dongmen di sini (Old Town of Dongmen)

Selain daripada membeli belah, terdapat juga tempat tempat menarik untuk dilawati di Shenzhen. Antara tempat menarik untuk dikunjungi ialah:-

a. Window of the World – Taman tema mempamerkan replika replika tempat terkenal di seluruh dunia.

b. Splendid China & China Folk Culture Village – Taman tema yang memaparkan replika tempat tempat menarik di seluruh China. Boleh rujuk di sini  (Splendid China & Cultural Folks)

c. Happy Valley Theme park – taman tema permainan. Dikatakan saiznya adalah lebih besar dari Disneyland HK.Anda boleh mencuba pelabagai permainan seperti roller coaster dan sebagainya di sini

DSC_0037 DSC_0038 DSC_0053 DSC_0066 DSC_0072 DSC_0075 DSC_0083 DSC_0085 DSC_0089 DSC_0095 DSC_0147 DSC_0165 DSC_0166 DSC_0178 DSC_0191 DSC_0194 DSC_0244 DSC_0250 DSC_0256 DSC_0294 DSC_0299 DSC_0316 DSC_0317 DSC_0328 DSC_0337 DSC_0355 DSC_0363-2 DSC_0368-2 DSC_0414

2 responses to “Shenzhen & Windows of The World

  1. assalamualaikum,
    saudara pernah pergi ke minsk aircraft carrier world tak? kami bercadang untuk pergi ke sana. adakah tempat itu menarik untuk dilawati dan berbaloi untuk pergi kerana jika menaiki tren mengambil masa 3jam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s