Kyoto – City of Geisya

Disebabkan bandar Kyoto tidak jauh dari Osaka, sy dan keluarga mengambil peluang untuk melawat bandar ini. Dari Osaka, cara terbaik untuk ke sana adalah dengan menaiki tren untuk ke Kyoto. Harga dan masa perjalanan adalah berbeza mengikut jenis tren. Contohnya:-

1. JR Shinkansen (Shin-Osaka – Kyoto)
Tempoh perjalanan: 14 minutes
Tambang: 1,380 yen
Frekuensi: Setiap 8 minit

2. JR Special Rapid Train or ‘Shinkaisoku’ (Osaka – Kyoto)
Tempoh perjalanan: 29 minutes
Tambang: 540 yen
Frekuensi: Setiap 15 minutes

3. Hankyu Limited Express (Osaka-Umeda – Kyoto-Kawaramachi)
Tempoh perjalanan: 44 minutes
Tambang: 390 yen
Frekuensi:: Setiap 10 minutes

Dibandar Kyoto, adalah digalakkan untuk melawat Kyoto dengan membeli pas harian pelancong bas. Hanya sebahagian kecil sahaja tempat tempat menarik di Kyoto berdekatan dengan stesyen subway. Jadi menaiki bas adalah paling ideal. Semasa sy di sana, saya membeli Kyoto City Bus One Day Card. Harga kad ini ialah sebanyak 500 Yen dan boleh digunakan tanpa had untuk menaiki mana mana bas di Kyoto selama satu hari.

Sedikit sejarah mengenai Kyoto. Kyoto ialah sebuah bandaraya di tengah-tengah pulau Honshū, Jepun. Ianya diduduki oleh hampir 1.5 juta orang. Biarpun pernah dirobohkan oleh peperangan, kebakaran, dan gempa bumi selama 11 abad sebagai ibu kota diraja, Kyoto bagaimanapun terselamat dari bedilan api Perang Dunia Kedua. Dengan kekalnya dua ribu buah kuil Buddha dan Shinto, istana-istana dan taman-taman, Kyoto merupakan salah sebuah kota lama yang paling terpelihara di Jepun.

Secara ringkasnya, berikut adalah antara tempat tempat menarik yang saya kunjungi ketika di Jepun:

Kinkaku-ji (The Golden Pavilion): adalah sebuah kuil Zen di utara Kyoto yang mana ia diliputi dengan daun emas. Kinkakuji adalah struktur yang mengagumkan dimana ia dibina menghadap kolam yang besar. Dahulunya, ia adalah villa bagi seorang Shogun bernama Ashikaga Yoshimitsu dan selepas beliau meninggal, ianya menjadi sebuah kuil. Ia telah terbakar beberapa kali sepanjang sejarah termasuk dua kali semasa Perang Onin, perang saudara yang menghancurkan sebahagian Kyoto; dan sekali lagi baru-baru ini pada tahun 1950 apabila ia telah dibakar oleh seorang sami fanatik. Struktur ini telah dibina semula pada tahun 1955. Kinkaku-ji buka setiap hari dari jam 9 pagi sampai 5 petang dengan tiket masuk sebanyak 400 yen.

Ginkaku-ji (The Silver Pavilion): Kuil yang dibina pada tahun 1480-an ini pada dahulunya merupakan tempat istirehat bagi Shogun yang memimpin ketika itu. Mengikut sejarah, pada mulanya perancangan awal pada masa itu ialah kuil ini akan dilapisi oleh daun perak mengikut kehendak shogun . Para sejarawan percaya bahawa shogun tersebut telah kehabisan dana sebelum rancangannya dapat tercapai, dan ketika beliau meninggal, pavilion ini pun diubah menjadi kuil Ginkaku-ji. Harga tiket untuk masuk ialah 500 yen dan kuil ini dibuka dari 8.30 pagi hingga 5 petang.

Nijo Castle: Dibangunkan oleh Shogun pertama iaitu Ieyasu Tokugawa. Beliau merupakan shogun pertama dan juga merupakan pengasas dinasti Shogun Tokugawa. Istana ini menjadi tempat tinggal dan juga pejabat bagi pemerintahan Shogun Tokugawa di Edo. Jika anda suka tentang bangunan bersejarah dan juga menikmati taman yang cantik di dalamnya, Nijo Castle mungkin tempat yang sesuai untuk anda lawati.

Kiyomizu-Dera – Juga sebuah lagi kuil di Kyoto. Yang menariknya dari atas kuil ini, kita akan dapat melihat pemnadangan yang indah pokok ceri dan maple serta juga bandar Kyoto dari jauh.

Gion – adalah daerah geisha paling terkenal di Kyoto, yang terletak di sekitar Shijo Avenue antara Yasaka Shrine di timur dan Sungai Kamo di barat. Ia dipenuhi dengan kedai-kedai, restoran dan kedai-kedai teh di mana geisha bertugas sebagai pelayan.

DSC_0004

DSC_0009

DSC_0018

DSC_0032

DSC_0043

DSC_0047

DSC_0049

DSC_0067

DSC_0097

DSC_0110

DSC_0119

DSC_0121

DSC_0122

DSC_0141

DSC_0159

DSC_0165

DSC_0192

DSC_0206

DSC_0224

DSC_0245

DSC_0265

DSC_0318

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s