Amazing Osaka

Penerbangan saya dan keluarga ke Kansai Airport mengambil masa selama 3 jam 30 minit dengan menaiki penerbangan CX506. Kami tiba di Kansai International Airport lebih kurang pukul 1:00 tengah hari. Agak mudah untuk mencari arah di airport ini memandangkan mereka juga ada meletakkan signboard di dalam bahasa inggeris. Sampai sahaja di immigration, kelihatan agak panjang juga barisan bagi kaunter pelawat asing. Semasa sy melawat ke Osaka, ketika itu visa masih diperlukan untuk pelancong dari Malaysia. Jadi sebelum ke sini, sy perlu membuat permohonan di Kedutaan jepun untuk visa. Namun begitu baru baru ini, kerajaan jepun telah melonggarkan syarat syarat tersebut dimana visa tidak diperlukan lagi untuk melawat Jepun.

Dengan jumlah penduduk di sini adalah lebih 2.5 juta orang, Osaka adalah bandar ketiga terbesar di Jepun dan kedua bandar terpenting di Jepun. Ia juga merupakan pusat perdagangan utama untuk wilayah Kansai berkurun lamanya. Semasa sy ke sana, Osaka ketika itu adalah di penghujung musim panas. namun begitu cuaca agak nyaman sekitar 20-25 celcius. Berikut merupakan tempat tempat menarik yang sempat saya kunjungi semasa di Osaka:

Osaka Castle: Istana ini telah diubahsuai menjadi sebuah muzium yang memaparkan sejarah Osaka dan juga kebudayaan Jepun. Ianya dibina oleh seorang jeneral iaitu Toyotomi Hideyoshi, yang memerintah Jepun pada separuh kedua abad ke-16. Kerja-kerja pembinaan bermula pada 1583 dan telah disiapkan pada 1585. Salah satu kehebatan istana ini adalah keindahan dinding temboknya. Dilaporkan, terdapat 40,000 batu digunakan untuk membina dinding tembok di istana ini. Terdapat juga lagenda mengatakan bahawa jeneral jeneral dari semua bahagian Jepun yang lain bersaing dalam membawa batu-batu besar ke sini bagi tujuan pembinaan untuk memaparkan kesetiaan mereka kepada Jeneral Toyotomi.

Akuarium Kaiyukan: Terletak di Kampung Pelabuhan Tempoza. Akuarium Kaiyukan merupakan salah satu akuarium yang paling besar di Jepun. Ia mempamerkan pelbagai bentuk kehidupan yang terdapat dalam Lingkaran Lautan Pasifik dengan susunatur yang terancang dan menkagumkan. Hidupan laut dipaparkan dalam 15 tangki, dan setiap satu mewakili kawasan
tertentu di Lingkaran Pasifik.. Ianya memang sangat berbeza dengan akuarium lain yang pernah saya lawati

Tempozan Ferries Wheel: Ianya terletak berdekatan sahaja dengan Akuarium Kaiyukan. Ferries wheel ini mempunyai ketinggian setinggi 112.5 dan diameter seluas 100 meter. Anda boleh melihat seluruh pemandangan kawasan Osaka dengan menaiki ferries wheel ini.

Dotonbori: Sama seperti kawasan Bangsar atau Sungei Wang di Malaysia, tempat ini adalah merupakan tempat tumpuan bagi night life di Osaka. Terdapat banyak restoran dan bar, dan juga tempat untuk membeli belah.

Adalah lebih mudah untuk menaiki tren keretapi di Osaka bagi tujuan melawat dan melancong. Sama seperti di Hong Kong, tren di sini juga efisyen dan menepati waktu. Semasa sampai di Airport kansai, terdapat satu kaunter perkhidmatan khas untuk pelancong. Anda boleh mendapatkan maklumat tentang tren dan juga mendapat peta tren keretapi dari pegawai khidmat pelanggan di situ. Rata rata penduduk jepun tidak tahu untuk bertutur dalam bahasa Inggeris tetapi mereka sangat baik hati. Jika saya sesat, selalunya saya akan menunjukkan peta dan berkomunikasi dalam isyarat tangan sahaja dengan mereka. Selalunya, mereka amatmenghormati pelancong dan akan cuba membantu sedaya upaya…

DSC_0148 DSC_0181

DSC_0191 DSC_0233 DSC_0279

Osaka Castle

DSC_0289

Ferries wheel

DSC_0397 DSC_0402

Kaiyukan Aquarium

DSC_0428 DSC_0449 DSC_0450 DSC_0458 DSC_0460 DSC_0465 DSC_0471

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s