Dubai

Dubai merupakan bandaraya terletak di dalam negara Emiriah Arab Bersatu ( UAE). Kedudukan UAE bersempadan dengan Oman, Qatar dan Arab Saudi. Kalau daripada HK, perjalanan ke Dubai memakan masa sekitar 6-8 jam. Sy dan keluarga menggunakan penerbangan Cathay Pacific untuk ke Dubai. Dubai merupakan salah satu dari tujuh emiriah yang membentuk Emiriah Arab Bersatu di bahagian selatan Semenanjung Arab. Setiap emiriah (wilayah) diperintah oleh seorang Emir iaitu keluarga dinasti diraja. Selain Dubai, Emiriah yang lain di dalam negara UAE adalah Abu Dhabi, Ajman, Fujairah, Ras al-Khaimah, Sharjah dan Umm al-Qaiwain. Dubai mempunyai penduduk teramai dan merupakan bandar kedua terbesar setelah Abu Dhabi.

Semasa berada di Dubai, berikut adalah tempat tempat menarik yang saya lawati secara ringkas:

Dubai Museum: Dimana benda-benda bersejarah Dubai dipamerkan. Di dalam muzium ini, pengunjung dapat mempelajari kehidupan ditengah padang pasir, rumah tradisional Arab, berbagai artifak, dan juga peninggalan bersejarah berkenaan negara UAE. Bayaran masuk tak mahal, 3 Dirham sahaja

Burj Al-Arab:- Salah satu hotel mewah di Dubai yang terkenal kerana bentuknya. Dengan ketinggian sekitar 321 meter dan berbentuk seperti perahu layar serta terletak di Palma Jumeirah, pembinaan hotel ini telah menelan belanja lebih kurang US$650 juta. Ini sekaligus menjadikan Burj Al-Arab adalah binaan hotel yang termahal didunia serta menjadi salah satu hotel yang dibanggakan di Dubai. Burj Al-Arab juga kini telah dinobatkan sebagai satu-satunya hotel didunia yang mempunyai gred Hotel 7 bintang.

Desert Safari : Pengalaman yang menarik dengan menaiki kenderaan 4WD di padang pasir. Pakej ini juga termasuk pengalaman menaiki unta, makan BBQ buffet ala Night safari dan juga persembahan menarik termasuk belly dancing. kalau anda ke Dubai, ini merupakan aktiviti wajib yang perlu anda alami sendiri. Tak rugi..

Dubai Mall:- merupakan salah satu kompleks membeli belah terbesar di dunia yang mempunyai 1,200 buah kedai. Selain membeli belah, anda juga boleh pergi ke Dubai Aquarium dan Underwater Zoo, Dubai Ice Rink dan juga SEGA Republik yang terletak di dalam kawasan kompleks ini.

Gold Souk:- Souk dalam bahasa arab adalah pasar. Di Gold Souk, terdapat 300 penjual barangan kemas yang kebanyakannya adalah emas. Dianggarkan bahawa sebanyak 10 tan emas dipamerkan di kawasan Gold Souk setiap masa.Yyang bagusnya, tak terdengar pula jika ada kes kes rompakan di sini. Tiada security guard dan kedai emas di sini pun macam seperti kedai
kedai pasar biasa sahaja, menakjubkan..

Old/Textile Souk:- Bazar ini mempunyai pelbagai kedai-kedai kecil yang menawarkan pelbagai kain (kasmir, sutera, kapas, bulu dan lain-lain) serta pakaian, selipar, cenderamata, dan barangan lain. Kaum wanita memang suka tempat ini termasuk isteri saya

Dubai Zoo – Zoo ini walaupun saiznya bagi saya agak kecil tapi mempunyai 230 spesies haiwan. antaranya ialah sekitar 248 spesimen mamalia termasuk haiwan terancam. Sesuai untuk kanak kanak.

Palm island – Merupakan pulau buatan di Dubai yang bentuknya menyerupai pohon palma. Pulau ini tidak dicipta untuk satu gugusan pulau sahaja, tetapi ia telah dicipta untuk tiga gugusan. Tediri dari Palma Jumeirah, Palma Jebel Ali, dan Palma Deira yang luasnya sekitar 25km dua kaki persegi. Pulau buatan ini dibentuk dengan cara menambak yang di atasnya sedang dan akan dibangun lebih dari 100 hotel mewah, banglo perumahan, apartment, restoran, dan sebagainya.

DSC_0852 DSC_0616 DSC_0605 DSC_0567 DSC_0551 DSC_0535

DSC_0468

DSC_0419 DSC_0479 DSC_0539

DSC_0693 DSC_0694 DSC_0773 DSC_0778 DSC_0803 DSC_0885 DSC_0887 DSC_0890 DSC_0909

Cuaca di Dubai agak panas, tetapi tidak humid macam di Malaysia. Suhu di Dubai boleh mencecah sehingga 40-45 celcius. Kalau boleh, bawalah topi atau cermin mata hitam sekali. Juga jika anda membeli pakej untuk dessert safari, pastikan anda bawa sesuatu untuk menutup muka. Skaf atau tuala muka mungkin boleh digunakan. Sebabnya, takut pasir masuk mata kerana pasirnya begitu halus. Mungkin ada yang tak tahan terutama bagi kanak kanak. Salah satu yang saya suka ialah makanan halal di Dubai ada dimana mana, maklumlah negara Islam. Kalau ikut standard Malaysia, harga makanan disini mungkim lebih mahal. Tapi kalau ikut standard HK, maybe lebih kurang sahaja harganya. Ketika pulang dari Dubai ke Hong Kong, tiket staff untuk penerbangan Cathay Pacific telah penuh pada hari tersebut. Memandangkan Cathay Pacific dan Emirates Airline ada perjanjian “code-sharing”, jadi staff Cathay dibenarkan untuk menaiki penerbangan emirates, dan begitu juga sebaliknya. Jadi sebagai alternatif, sy dan keluarga menaiki pesawat Emirates sahaja untuk bali. Pesawat yang mereka gunakan ialah pesawat A380 iaitu pesawat komersial terbesar ketika ini.. Memang selesa dan juga cabin crew mereka juga memberi layanan yang baik kepada kami.

Itulah pengalaman secara ringkas yang saya dapat ketika di Dubai. Nak datang lagi ke Dubai lagi selepas ini? Mungkin..tapi maybe bukan untuk melancong. Mana tahu suatu hari nanti saya akan berpindah kerja ke Dubai suatu hari nanti, siapa tahu…?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s