Disneyland HK

Magical land…itulah tagline untuk Disneyland HK. Sebenarnya sudah banyak kali sy berkunjung ke sini dengan keluarga. Jarak tempat tinggal sy di Tung Chung dgn Disneyland juga tidak begitu jauh. Tambahan pula, sy membeli tiket tahunan dimana sy boleh berkunjung ke Disneyland beberapa banyak kali tanpa had. Bagi kebanyakan pelawat, kunjungan ke Hong Kong pasti tidak lengkap jika tidak singgah ke HK Disneyland terutamanya bagi kanak kanak.

Hong Kong Disneyland terletak di Pulau Lantau. Selain Ocean Park Hong Kong, ia merupakan salah satu daripada dua taman tema yang terbesar di Hong Kong. Hong Kong Disneyland dibuka kepada pelawat pada 12 September 2005. Keluasan HK Disneyland adalah dianggarkan seluas 22.4 hektar ( 55 ekar).

DSC_0014  DSC_0044

Taman ini terdiri daripada tujuh kawasan : Main Street USA, Fantasyland , Adventureland, Tomorrowland , Grizzly Gulch, Mystic Point, dan Toy Story Land.

Main Street USA: Direka untuk menyerupai sebuah bandar Midwest pada awal abad ke-20
Adventureland: Pengembaraan hutan
Fantasyland: Watak-watak kehidupan dan tempat dari filem Disney untuk kanak-kanak
Tomorrowland: Bertemakan masa hadapan
Toy Story Land: Berdasarkan siri filem Toy Story.
Grizzly Gulch: Bertemakan sebuah bandar terbiar di tengah-tengah gunung dan hutan.
Mystic Point: Bertemakan hutan hujan yang tebal dimana peristiwa-peristiwa ghaib berlaku.

Anda boleh memilih untuk menetap di dalam Disneyland jika anda mahu. Jika anda bercadang untuk menetap di kawasan Disneyland, terdapat dua hotel yang berdekatan iaitu Hong Kong Disneyland Resort ataupun Hotel Hollywood Disney. Rata ratanya harga hotel di HK memang mahal dan harga hotel di sini berbeza mengikut musim.

Namun jika anda tinggal di tempat lain di Hong Kong, cara yang terbaik adalah menggunakan MTR. Apa yang perlu dilakukan adalah naik MTR Tung Chung line sehingga ke stesyen Sunny Bay; dan kemudian tukar ke Disneyland Resort Line untuk sampai ke sini.

Terdapat beberapa jenis tiket tetapi selalunya pengunjung akan memilih dua jenis tiket iaitu 1 day pass atau 2 days pass. Untuk tiket masuk satu hari, harganya ialah HK$450 untuk dewasa dan HK$350 untuk kanak kanak (umur 3-11 tahun). Bagi tiket masuk dua hari pula, harganya ialah HK$585 untuk dewasa dan HK$415 untuk kanak kanak.

Perlu diingatkan, untuk masuk ke Disneyland adalah larang untuk membawa masuk makanan dari luar. Setiap pengunjung akan diperiksa dahulu beg beg yang dibawa sebelum dibenarkan masuk ke dalam. Tapi jgn bimbang kerana di dalam disneyland ini juga, ada disediakan 2 restoran halal untuk pengunjung muslim iaitu di tempat berikut:
a) Tahitian Terrace di Adventureland
b) Explorer’s Club Restaurant di Mystic Point

Selain itu, jika anda tinggal di hotel hotel di dalam kawasan disneyland, anda juga boleh memesan makanan halal di restoran hotel tersebut.
a.) Chef Mickey di Disney’s Hollywood Hotel
b) Studio Lounge di Disney’s Hollywood Hotel
c) Walt’s Cafe di Hong Kong Disneyland Hotel

Ataupun, boleh juga tempah makanan halal delivery di sini: Halal Food Delivery

Bagi waktu operasi pula, ianya dibuka pada pukul 10 pagi dan tempat tempat permainan selalunya ditutup ditutup pada pukul 9 malam. “Fantasy Parade” dimana watak watak Disney akan berarak bersama pancaragam akan dimulakan pada jam 3:30 petang; dan juga pertunjukan bunga api pula bermula jam 8 mlm.

DSC_0028 DSC_0053 DSC_0061 DSC_0083 DSC_0090 DSC_0171 DSC_0200 DSC_0217

DSC_0212 DSC_0252 DSC_0416
Jika ingin membaca kesemua artikel saya mengenai Hong Kong dan tips melancong ke sini, boleh rujuk di pautan ini: Hong Kong

3 responses to “Disneyland HK

  1. Pingback: Makanan Halal di Hong Kong | MudaBahaya·

  2. Pingback: Citygate Outlet – Tung Chung | MudaBahaya·

  3. Pingback: Cadangan Travel Itinerary ke Hong Kong | MudaBahaya·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s