Pengangkutan Awam di Hong Kong

Tren MTR
Hong Kong mempunyai sistem pengangkutan awam yang dianggap salah satu yang terbaik didunia. Bagi pengunjung ke Hong Kong, adalah lebih mudah untuk melawat ke tempat yang dituju dengan menggunakan sistem tren (MTR). Rangkaian MTR terdiri daripada tujuh aliran yang dipanggil “line”, sebahagian besarnya bawah tanah, termasuk Airport Express dan juga Disneyland Resort line. Sela waktu menunggu untuk tren ialah setiap 2 hingga 12 minit dan waktu operasi dari 6 pagi hingga 0:30-1:00 pagi.

Penggunaan MTR adalah jauh lebih cepat daripada bas atau bas mini dan harga tiketnya lebih kurang sama. Jika boleh bagi yang berkunjung ke HK,elakkan menggunakan tren MTR sekitar 7.30 pagi hingga 9.30 pagi dan 5 petang hari bekerja 7 malam dan pagi Sabtu kerana pada waktu ini adalah waktu puncak dimana warga Hong Kong pergi/pulang daripada bekerja.

Perjalanan oleh MTR begitu mudah, anda boleh beli tiket dari mesin tiket layan diri atau di kaunter. Harga tiket adalah berdasarkan jarak perjalanan, dari HKD 4 hingga HKD 23,50 dan kanak-kanak dan warga tua membayar separuh dari harga tiket dewasa. Merokok, makan dan minum tidak dibenarkan di stesen MTR atau di dalam tren, dan pesalah adalah tertakluk kepada denda sebanyak HKD5000. Anda juga tidak dibenarkan untuk membawa objek besar atau basikal di dalam tren, bagaimanapun bagasi bagi tujuan melancong adalah dibenarkan.

Di bawah ini adalah peta bagi MTR di Hong Kong. jadi anda hanya perlu tahu stesen yang terdekat untuk pergi ke kawasan yang ingin dilawati dan rujuk peta di bawah ini untuk tahu line MTR mana yang perlu digunakan.

HK MTR Map

Kad Octopus
Jika anda melawat ke Hong Kong, adalah amat digalakkan untuk membeli kad Octopus ini. Dengan menggunakan kad Octopus, ianya boleh digunakan untuk menaiki MTR, bas, membeli barang barang di convenient store (7 eleven, Circle K) atau di pasar raya (Wellcome, Park n Shop). Konsep kad ini adalah sama seperti kad Touch n Go di Malaysia, cumanya kad Octopus digunakan secara meluas. Apa yang anda perlu lakukan adalah menyentuh pada mesin Octopus di pintu masuk MTR, bas atau di kedai kedai. Tambang/harga barang akan ditolak dari nilai yang ada di dalam kad itu. Mesin tersebut juga akan menunjukkan nilai baki yang tinggal di dalam kad tersebut.

Kad Octopus datang dalam tiga jenis: HKD150 untuk dewasa , HKD 100 untuk pelajar berumur 12 hingga 25, dan HKD70 untuk kanak-kanak berusia tiga hingga 11 dan warga tua ( berumur lebih 65 tahun). Termasuk didalam kad ini ialah deposit sebanyak HKD50 dan wang deposit akan dikembalikan jika anda memulangkan kembali kad ini sebelum meninggalkan HK. Jika anda mahu menambah lebih banyak wang ke dalam kad anda, hanya pergi ke salah satu mesin tambah nilai di stesen MTR atau anda boleh lakukan di convenient store seperti 7 Eleven atau Circle K. Jumlah maksimum yang anda boleh menambah adalah HKD 1000. Harga tambang menggunakan kad Octopus adalah di antara 5% dan 10 % lebih murah daripada tambang biasa (beli tiket biasa) di MTR.

Octopus card HK

One response to “Pengangkutan Awam di Hong Kong

  1. Pingback: HK International Airport | MudaBahaya·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s