Ebeneezer Kebab, Central HK

Sy dan keluarga ke kawasan Central pada Sabtu lepas untuk follow up appointment dengan doktor untuk Qaleesya. Kami habis urusan di klinik tersebut lebih kurang jam 1:30 petang. . Ketika ini ialah musim luruh di HK dan cuaca pada hari tu agak nyaman, sekitar 22-24 Celcius. Jadi tak perlu baju yang tebal, cukup hanya memakai jaket yang nipis. Cuma pada waktu pagi mungkin cuaca agak sejuk sedikit, suhu akan jatuh sekitar 18-19 Celcius. Memandangkan waktu pun sudah tengah hari ketika habis berjumpa doktor, kami membuat keputusan untuk makan di kawasan ini sahaja.

Terdapat beberapa restoran halal di kawasan ini, dan salah satunya ialah Ebeneezer Kebab yang terletak di kawasan Lan Kwai Fong. Untuk pengetahuan, Central inilah terletaknya pusat bagi aktiviti perniagaan di Hong Kong dimana bank bank dan syarikat multinasional akan mempunyai pejabat di kawasan ini. Jadi dikawasan ini banyak sekali bangunan pencakar langit yang tinggi dan juga butik butik mewah bagi sesiapa yang suka membeli belah.

Untuk sampai ke Central, cara yang terbaik adalah dengan menaiki tren MTR. Kalau anda menaiki tren menggunakan Island Line (Biru) atau Tsuen Wan Line (Merah), anda hanya perlu keluar di station Central . Ataupun jika anda menggunakan Tung Chung Line (Orange) atau Airport Express (Hijau), anda perlu berhenti di stesen Hong Kong, naik escalator ke tingkat atas dan perlu berjalan ke Stesen Central untuk keluar. Stesen Hong kong dan Central dihubungkan oleh laluan berjalan kaki secara indoor, jadi ikut sahaja signboard ke stesen Central.

DSC_0059     DSC_0061

Exit yang terdekat di stesyen Central ialah exit D2 untuk sampai ke restoran ini. Anda hanya perlu cari landmark iaitu butik Coach seperti gambar diatas. Masuk ke lorong D’Aguilar Street, dan terus berjalan ke hadapan sehingga sampai ke lorong kedua (anda akan jumpa selepas kedai Haagen Dazs). Masuk kiri ke lorong tersebut dan restoran ini kan dapat dilihat hanya beberapa meter dari situ.

DSC_0027

Selain itu juga, restoran mempunyai beberapa cawangan lain di HK, jadi boleh lawat ke web ini untuk mengetahui lebih lanjut.

http://www.ebeneezers.com/index.php?thispage=webpage&webpage=locator

Restoran ini menyediakan makanan middle east, contohnya nasi beriani, kebab, kari dan ada juga fish n chip. Pada kali ini, sy memesan nasi beriani ayam tiika, kebab untuk isteri dan fish n chip untuk Eiman. Rasa makanan boleh tahan, kebab dan nasi beriani pun sedap.

Untuk senarai lengkap halal food/makanan halal di Hong Kong, sila rujuk dibawah:

Makanan halal Hong Kong

DSC_0031 DSC_0034 DSC_0040 DSC_0045

Bersebelahan dengan restoran ini terdapat satu lagi restoran halal iaitu Big Pizza. Sy bukan penggemar pizza tegar, jadi tak boleh nak compare sama ada rasanya lebih sedap dengan pizza hut atau domino pizza tau tak. Tapi at least ada juga makanan fast food halal kalau sesekali nak makan, memandangkan kita berada di negara yang komuniti muslimnya adalah minoriti. Jadi sesiapa yang datang ke kawasan Central atau Lan Kwai Fong, bolehlah cuba untuk makan di sini.

DSC_0029

Jika ingin membaca kesemua artikel saya mengenai Hong Kong dan tips melancong ke sini, boleh rujuk di pautan ini: Hong Kong

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s