Majlis Akikah Eryna Qaleesya

Walaupun telah berlalu, tetapi kali ini saya ingin bercerita tentang majlis akikah Eryna Qaleesya. Qaleesya atau nama manjanya “Princess” (diberi oleh abangnya Eiman Naufal) lahir pada 12 July 2013. Masih teringat ketika itu, saya masih di Hong Kong dan isteri saya ketika sudah berada di KL untuk persediaan bersalin. Saya menerima panggilan dari isteri pada tengah malam Khamis dan diberitahu yang dia sudah mula merasa contraction untuk bersalin. Malangnya, flight pulang tgh malam tidak ada dan saya terpaksa menunggu hingga keesokan paginya kerana flight paling awal dari HK ke KL adalah pada jam 9:00 pagi. Bayangkan ketika itu di dalam flight, fikiran sy hanya meikirkan sempatkah saya sampai ke hospital sebelum isteri sy bersalin? Sy hanya harap ketika itu flight akan sampai secepat mungkin ke destinasi dan baby sabar menunggu papanya sampai sebelum lahir. Akhirnya jam 12:30 pm saya sudah sampai di KLIA dan terus bergegas terus ke hospital. Alhamdulillah dengan berkat bulan Ramadhan, hanya beberapa jam menunggu, akhirnya Eryna Qaleesya dilahirkan ke dunia di Kajang Plaza Medical Center lebih kurang jam 5:30 pm dengan berat sbanyak 3.9 kg.

Majlis akikah untuk Qaleesya diadakan pada 17 Ogos di Kajang, seminggu selepas Raya Aidilfitri. Saya memilih sendiri kambing biri biri untuk akikah ini dan dimasak oleh seorang rakan keluarga sy dari Pakistan. Selain itu, majlis ini dilakukan bersama hari terbuka Aidilfitri. Jemputlah lihat suasana majlis untuk Eryna Qaleesya yea..

a1 a2 DSC_01 DSC_0145 DSC_0185

Buaian berendui..D’Kayangan

DSC_0143 DSC_0138 DSC_0181

Princess in pink

DSC_0168 DSC_0153

My big brother..Eiman Naufal

DSC_0151 DSC_0149 DSC_0148 DSC_0147 DSC_0146DSC_0152

Colourful event

DSC_0346 DSC_0343 DSC_0329

Tetamu yang datang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s