Tung Chung yang damai

Disebabkan apartment kediaman saya di Tung Chung, jadi saya memilih tajuk Tung Chung sebagai entry kedua saya. Untuk pengetahuan yang membaca, telah 3 tahun saya tinggal di kawasan sini. Sy masih teringat lagi bila saya mendapat tawaran untuk bekerja di Hong Kong, sy dan isteri telah di jemput  untuk datang ke sini oleh pihak company untuk meninjau keadaan di Hong Kong dan juga memilih tempat tinggal sebelum berpindah ke sini. Agen hartanah ketika itu mencadangkan sy untuk tinggal di Tung Chung memandangkan ianya  tidak jauh dari office saya di airport.

Tung Chung, merupakan sebuah pekan dan terletak di Pulau Lantau. Untuk pengetahuan, negara Hong Kong terdiri daripada beberapa buah pulau dan salah satunya ialah Pulau Lantau.  Di sini juga terletak Hong Kong International Airport dan jaraknya cuma 3.3 km dari Tung Chung.

tung chung halal
Jika hendak ke bandar Tung Chung dari airport, kita boleh memilih untuk naik bas ke sini atau datang dengan menaiki teksi. Stesen bas di airport terletak berhampiran dengan Terminal 2.  Terdapat beberapa bas yang menyediakan perkhidmatan dari airport ke Tung Chung, contohnya bas S56, S64 atau S1. Kadar tambangy bas adalah murah sekali iaitu hanya sebanyak HKD 3.60 (RM 1.50). ianya cuma mengambil masa selama 15 minit untuk ke Tung Chung dgn menaiki bas. Kalau menaiki teksi, tambangya adalah sekitar HKD50 dan hanya mengambil masa selama 7 minit. Di Hong Kong, pemandu pemandu teksi akan selalunya menggunakan meter dan tidak perlu risau dikenakan caj berlebihan, bukan seperti kebanyakan pemandu pemandu kita di Malaysia. Jika datang dari tempat lain, contohnya dari pusat bandar Hong kong, adalah lebih baik untuk menggunakan perkhidmatan tren MTR. Stesyen  MTR Tung Chung terletak di hujung sekali di dalam Tung Chung/Disneyland MTR Line.

tung chung halal 2

Selain Ngong Ping 360. kebanyakan pelancong yang datang ke Tung Chung adalah untuk membeli belah. Terdapat satu shopping mall yang terkenal di sini iaitu Citygate. Ramai pelancong yang datang ke sini terutamanya untuk membeli beg tangan, pakaian dan sebagainya di outlet-outlet yang ada di sini.

Jika ingin membaca kesemua artikel saya mengenai Hong Kong dan tips melancong ke sini, boleh rujuk di pautan ini: Hong Kong

5 responses to “Tung Chung yang damai

  1. Pingback: Citygate Outlet – Tung Chung | MudaBahaya·

  2. Pingback: Ngong Ping 360 | MudaBahaya·

  3. Tuan, saya baru sahaja sampai hong kong, tinggal di tung chung untuk sementara. Saya cuba mencari tempat tinggal di tung chung dengan bayaran yang berpatutan. Boleh tuan tolong cadangkan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s