The flavours of Bangkok

Hari pertama

Entry kali ini adalah berkisar tentang perjalanan sy sekeluarga pada Oct 2013 yang lepas ke Bangkok. Bangkok atau lebih yang dikenali dengan kota gajah putih terkenal dengan makanannya dan juga night life di kalangan pelancong. Sebenarnya, tidak ada perancangan untuk ke sini, tetapi memandangkan lokasinya yang lebih dekat dengan Hong Kong dan juga cuti yang pendek.
Kami menaiki flight Cathay Pacific Airways CX615 jam 10:00 pagi dan perjalanan menaiki kapal terbang mengambil masa kira kira 3 jam. Kami sampai ke Survanabhumi Airport lebih kurang jam 12:00 pm (waktu di Bangkok lewat sejam berbanding HK).

DSC_0109
Untuk kemudahan komunikasi dan internet disana anda boleh menggunakan kad prabayar jenama Happy Tourist sim. terdapat beberapa jenis pakej yang boleh dipilih untuk kegunaan anda antaranya THB 299 (unlimited internet untuk 7 hari dan THB 100 panggilan percuma) dan juga THB 49 (1 hari internet dan panggilan percuma sebanyak THB 15).
Sampai saja di airport, kami menaiki teksi ke hotel yang terletak di kawasan Pratunam.  Sebelum datang ke Bangkok, sy membuat survey di internet dan maklum tambang teksi dari airport ke hotel sepatutnya tidak lebih dari THB300 dan untuk mengelakkan ditipu, kena pastikan pemandu menggunakan meter. Namun ketika sampai di kaunter teksi, penjaga teksi di situ memberitahu bahawa kami tidak boleh mengambil teksi biasa memandangkan kami semua berjumlah 5 orang (termasuk ibu mertua). Dan tambang yang akan di kenakan adalah THB700 dan tidak menggunakan meter. Memandangan kami tidak mempunyai pilihan lain jadi kami terpaksa juga menggunakan teksi tersebut (teksi jenis avanza).

Kami memilih hotel dikawasan pratunam kerana berdekatan dengan kedai makanan halal. Biasalah apabila bercuti keluar negara bukannya mudah untuk mencari makanan halal.Dikawasan ini terdapat gerai-gerai dikaki lima yang menjual makanan halal dengan harga yang berpatutan. Tak susah nak mencari makanan halal kerana terdapat tanda halal di gerai tersebut atau pun ada antara peniaganya yang memakai tudung. Menu makanan yang terdapat digerai tersebut adalah seperti tomyam, kuewteow goreng, pulut
mangga, murtabak, roti canai, roti pisang. Ada antara peniaga yang boleh berbahasa melayu.disini terdapat Masjid Darul Aman.Kalau anda melancong kemana-mana cari sahaja masjid pasti anda akan berjumpa dengan kedai makanan halal disekitarnya.terdapat juga restoran makanan halal disitu seperti Mak Yah, Farida Fatornee tapi kami tak sempat mencubanya.

Hari kedua

Selepas sarapan dihotel kami menaiki teksi ke chatchucak market. Kami disapa oleh pemandu teksi dihadapan hotel dan dia bertanya kami ingin kemana?. Apabila kami menyatakan kami ingin pergi ke chatchucak terus dia meletakkan harga sebanyak THB 200. Wow ! mahalnya caj teksi tersebut, apabila kami menolak untuk menaiki teksinya terus dia bersetuju untuk menggunakan meter. Caj teksi apabila menggunakan meter hanya sebanyak THB70, bayangkan jika kami tidak menggunakan meter kami telah rugi sebanyak THB 130. Chatchucak market memang antara tempat yang wajib anda pergi jika bercuti diBangkok. Keluasannya dianggarkan 35 hektar dan terdapat lebih kurang 8000 gerai didalamnya. Macam-macam barang boleh anda temui disini seperti pakaian, aksesori, hiasan rumah, kraftangan, perabut, buku, barangan kulit dan haiwan peliharan.

DSC_0184DSC_0181

DSC_0175DSC_0127

Kiranya chatchucak macam syurga membeli belah. Chatchucak hanya dibuka pada hujung minggu dari jam 9 pagi- 6 petang. Anda juga boleh kesana dengan menggunakan BTS (Sky train) dan berhenti di Mo Chit station dan keluar melalui ‘exit 1’.

Apabila anda ingin kesana pastikan:
1. memakai pakaian dan kasut yang selesa
2. membawa air minuman kerana cuaca sangat panas disana (jangan risau terdapat banyak gerai menjual minuman)
3. pergi kesana ketika waktu pagi (waktu tengah hari ke petang semakin ramai pengunjung)
4. pastikan anda mempunyai peta kerana kawasannya yang luas (peta bole didapati di kaunter informasi)
5. berhati-hati terhadap penyeluk saku

Pastikan anda pandai tawar menawar ketika membeli belah disana. Kalau anda berjumpa dengan ape yang berkenan dihati pastikan anda terus membelinya kerana tidak pasti sama ada anda dapat berjumpa dengan kedai tersebut kembali.

DSC_0165    DSC_0185

Lepas membeli belah pasti anada terasa lapar bukan, jangan risau terdapat banyak gerai makanan halal disana. kami menjamu selera di gerai Kah Jak (makanannya boleh tahan dengan harga yang berpatutan).

DSC_0153    DSC_0160

DSC_0194     DSC_0146

kalau kesana jangan lupa mencuba aiskrim kelapa, memang sedap rasanya.

kami selesai membeli belah lebih kurang pukul 6 petang, bayangkan sehari suntuk kami menghabiskan masa membeli belah disana tetapi masih belum puas rasanya. Apabila hendak pulang ke hotel, kami cuba menahan teksi. Malangnya, semua teksi yang ditahan tidak mahu menggunakan meter ataupun enggan pergi ke hotel tempat kami menginap. Mujur ada seorang lelaki (melayu pattani) yang baik hati cuba menolong kami. Dia cuba berbincang dgn pemandu teksi, namun tiada teksi yang bersetuju untuk menggunakan meter. Lebih dari 10 teksi telah kami tahan, akhirnya kami mengalah juga dan terpaksa membayar THB200 utuk pulang.

Hari Ketiga

Pada hari ini kami merancang untuk melawat tempat-tempat bersejarah yang ada diBangkok. Kami inginkan sedikit adventure, jadi kami memilih menggunakan BTS train dan juga menaiki boat untuk ketempat yang dituju. BTS Train tidak mempunyai lif, jadi terpaksalah kami mengangkat stroller untuk naik keatas. Penat jugaklah nak mengangkat stroller tue.

Pada mulanya kami merancang untuk melawat:
1. Grand Palace.
Kami menaiki BTS Train dari Ratchadewi station ke Saphan Taksin station —-> menaiki Chao Phraya Tourist Boat (pass 1 hari boleh naik boat seberapa banyak yang mungkin, THB 150) turun di Tha Chang Pier (N9) selepas itu berjalan lebih kurang 10 minit untuk kesana. Harga tiket THB 500 (bayaran termasuk Grand Palace dan Queen Sirikit Museum Textile), dibuka dari 8.30a m-3.30 pm

2. Wat Pho (Reclining Buddha)
Berdekatan dengan Grand Palace jika berjalan kaki memakan masa lebih kurang 10 minit. Atau boleh menaiki Chao Phraya Tourist Boat turun di Tha Tien Pier (N8) kemudian berjalan kaki dalam 5 minit. Harga tiket THB 100, dibuka dari 6am-5pm

3. Wat Arun (Temple of Dawn)
BTS Station Saphan Thaksin —> menaiki Chao Phraya Tourist Boat turun di Tha Tien Pier (N8) —> ambil ferry untuk ke Tha Rue Wat Arun Pier (THB 2). Pemandangan yang cantik jika dilihat ketika waktu matahari terbit dan terbenam.

Tempat-tempat bersejarah ini terletak berdekatan sahaja. kiranya tidak rugi jika anda membeli Chao Phra Tourist Boat kerana anda boleh menggunakannya untuk melawat kesemua tempat. Memandangkan masa tak mengizinkan dan kami terlalu penat, akhirnya Grand Place sahaja yang dapat dilawati.

Pastikan anda tidak tertipu dengan scammer yang berada diluar kawasan Grand Palace. Ini kerana scammer akan memberitahu anda bahawa Grand Place ditutup pada hari tersebut dan mengajak anda untuk mengikut pakej yang mereka tawarkan. Apa yang perlu anda lakukan adalah buat tak tahu sahaja kepada mereka dan terus berjalan kearah kaunter tiket.

Terdapat peraturan berkaitan dengan pakaian jika anda melawat Grand Palace, ini kerana tempat ini dianggap sebagai tempat suci mereka. Anda tidak boleh mengenakan:
1.Seluar pendek, skirts pendek, seluar ketat
2.Baju yang jarang
3.Baju yang tidak berlengan
4.Sandal yang tidak bertali

Tetapi jangan risau, terdapat kaunter yang menyediakan perkhidmatan menyewa pakaian jika pakaian anda tidak bersesuaian.

Memang besar kawasan Grand Palace ini. Kalau anda ingin melawat keseluruhan kawasan, anda memerlukan lebih kurang setengah hari. Kami tak mampu untuk menghabiskan keseluruhan kawasan tersebut. Cuaca ketika itu amat panas sekali dan akan membuatkan anda merasa dahaga dan letih. Jangan lupa membawa air bersama anda. Memandangkan kami membawa Qaleesya yang hanya berumur 3 bulan, perjalanan ini dirasakan terlalu memenatkan. Kesian Qaleesya terpaksa mengikut kemahuan papa dan mamanya untuk datang kesini. Rugi kiranya jika anda ke Bangkok dan tidak melawat Grand Palace.
DSC_0218  DSC_0228  DSC_0234DSC_0237 DSC_0247  DSC_0267DSC_0313

Bangkok Grand Palace

 DSC_0330

Chao Phraya Express Boat

DSC_0333

Wat Arun

Tidak terdapat kedai makanan halal disini. Jadi untuk mengisi perut yang sudah berbunyi kami bergerak ke Mah Boon Krong (MBK) Shopping Mall.Di sini anda boleh juga membeli belah kerana terdapat pelbagai aksesori, pakaian, kasut, barangan kulit , beg tangan, barangan elektronik, lukisan, kraftangan dan sebagainya. Untuk ke MBK kami menggunakan BTS train dari Saphan Thaksin station ke National Stadium station.

mbk-bangkok

Disini terdapat tiga kedai makanan halal:
1.Yana Restaurant (Halal Thai Restaurant) –5th Floor.


2. ‘Food on Fifth’ food court- 5th floor
Terdapat tiga kiosk yang menjual makanan halal iaitu Indonesian by Jimbaran Bali, muslim by Ali arabic cuisine dan Thai muslim By sultana. Disini menggunakan sistem kad nilai. Setiap penguna akan diberi kad yang bernilai THB 1000. Apabila kita membeli makanan di kiosk makanan, penjual akan memasukkan harga makanan kedalam kad tersebut. Setelah selesai makan kita perlu membayar harga makanan dikaunter pembayaran yang berdekatan dengan pintu keluar. Makanan disini agak mahal harganya.

box-picture-index

3. Food court- 6th floor

Pada sebelah malamnya, saya dan anak-anak berehat di hotel. Manakala isteri, mak mertua dan adik ipar saya pergi mencuba urutan badan di spa yang berdekatan.Tak sah kalau datang ke bangkok dan tidak mencuba urutan disini.Terdapat banyak spa yang menawarkan pakej harga yang berpatutan. Harga urutan badan disini agak murah jika dibandingkan di kl, misalnya:
1. oil massage -THB 400 (1 hour)
2. Thai massage – THB 200 (1 hour)
3. Foot masage – THB 200 (1 hour)

Hari ke Empat
Pada hari ini lebih kepada aktiviti light and easy. Isteri sy merancang utk ke Platinum Mall sahaja. Seperti biasalah aktiviti shopping kalau tak ade dalam agenda oarang perempuan mmg tak sah.Platimun mall terletak dikawasan Pratunam,iaitu di Jalan Phetchaburi bersebelahan dengan Pantip Plaza dan bertentantang dengan Pratunam Complex.Ada yang mengatakan Platinum Mall adalah version Chatchucak yang moden.Kami pergi kesana dengan berjalan kaki sahaja dan memakan masalebih kurang 10 minit.

Platinum Mall boleh diumpamakan seperti Kenanga Wholesale di KL. Disini terdapat kedai2 yang menjual pakaian wanita, lelaki, kanak2, beg, kasut, kraftangan dan aksesori. Rambut palsu pun ada jual disana kalau berminat.  Waktu operasi adalah pada hari sabtu,ahad dan rabu dr jam 8am -8pm, manakala hari isnin,selasa, khamis dan jumaat dr jam 9am -8pm. Disini kita boleh membeli secara wholesale atau retail. Jika kita membeli lebih dari satu barang dikedai tersebut pekedai akan memberi diskaun kepada kita (harga wholesale), lebih banyak barang kita beli lebih banyak diskaun yang kita dapat. Kadangkala terdapat kedai yang membenarkan kita membeli barang2 secara mix and match contohnya kita boleh membeli 2 helai baju dan sehelai seluar untuk mendapat harga diskaun.Harga barang2 disini agak berpatutan.

Setelah penat membeli belah, tibalah masanya untuk mengisi perut yang dah mula berkeroncong. Disini terdapat 2 kedai makanan halal iaitu makanan ala india dan makanan ala thai. makanan ini boleh didapati diFood Court yang terletak di tingkat 6. Disini mereka menggunakan kad prepaid untuk anda membeli makanan. Jadi apa yang perlu dilakukan pertama sekali anda hendaklah membeli kad prepaid tersebut dikaunter (beli kad dengan jumlah yang diinginkan cthnya THB 300). Apabila anda membeli makanan pekedai akan menolak jumlah harga makanan daripada kad tersebut. Jangan bimbang duit baki yang masih terdapat pada kad tersebut akan dikembalikan apabila anda memulangkan kad tersebut.

Selepas mendapat tenaga daripada makanan, isteri, ibu mertua dan adik ipar saya meneruskan aktiviti membeli belah. Mereka begitu asyik membeli belah dan hanya pulang apabila shopping complex itu hendak ditutup. Saya telah pulang dahulu ke hotel bersama Qalessya kerana tidak tahan utk menunggu kaum wanita habis membeli belah. Mereka kata rambang mata dibuatnya dan ingin kesana lg kalau ade masa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s